BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 Mei 2017

Supercub - Suzuki Belang R150, Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i

Supercub - Suzuki Belang R150, Yamaha Y15ZR, Honda RS150R atau Benelli RFS150i? Yang mana satu pilihan hati? Tentunya sukar untuk membuat pilihan.

Apabila angka-angka asas spesifikasi dibentangkan dan dibuat perbandingan, keadaan menjadi lebih sukar. Ini kerana angka-angka asas spesifikasi yang dipaparkan adalah sangat hampir antara satu sama lain. Semuanya menarik untuk diperkatakan.


Suzuki Belang R150


Suzuki Belang R150
Suzuki Belang R150



Difahamkan, untuk kategori "Underbone 150cc" (Supercub) pihak Suzuki Asemblers Malaysia adalah pengeluar pertama yang memperkenalkan jentera mereka iaitu Suzuki Belang R150.


Enjin Sejukkan Udara, 4-lejang DOHC
Isipadu 147cc
Gerek x lejang 62.0 x 48.8mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  12.65kW(9500rpm)
Fuel System Karburator
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 70/90-17M/C (38P)
Tayar Belakang 80/90-17M/C (44P)
Saiz tangki 4.9 liter
Minyak Enjin 1.1 liter
Berat 108 kg
Harga RM7,670*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Namun begitu, trend yang dicipta oleh pihak Suzuki sekitar tahun 2013 akhir-akhir ini telah mendapat momentum apabila pengeluar lain turut memperkenalkan jentera masing-masing untuk bersaing dalam segmen tersebut.


Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR Movistar
Yamaha Y15ZR



Antara pengeluar yang turut serta memeriahkan pasaran ialah Yamaha, Honda dan Benelli. Pihak Hong Leong Yamaha telah mengikuti jejak langkah Suzuki mempertaruhkan Yamaha Y15ZR pada tahun 2016.


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC
Isipadu 149.7CC
Gerek x lejang 57.0 x 58.7mm
Transmisi 5-kelajuan
Kuasa  11.3kW(8500rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 70/90-17M/C (38P)
Tayar Belakang 120/70-17M/C (58P)
Saiz tangki 4.2 liter
Minyak Enjin 1.15 liter
Berat 115 kg
Harga RM9,580*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Honda RS150R

Honda RS150R Repsol
Honda RS150R



Diikuti oleh Boon Siew Honda yang memperkenalkan jentera sensasinya iaitu Honda RS150R


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang DOHC
Isipadu 149.16cc
Gerek x lejang 57.3 x 57.8mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  11.5kW (9000rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 90/80-17M/C (46P)
Tayar Belakang 120/70-17M/C (58P)
Saiz tangki 4.5 liter
Minyak Enjin 1.1 liter
Berat 123 kg
Harga RM8,899*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Benelli RFS150i


Benelli RFS150i
Benelli RFS150i


Manakala pada suku kedua tahun 2017, Benelli Malaysia juga memperkenalkan model yang dilihat mampu memberikan saingan yang hebat buat Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Benelli Malaysia mempertaruhkan Benelli RFS150i.


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC
(Triple-spark)
Isipadu 149.8cc
Gerek x lejang 57.0 x 58.7mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  11.3kW (8500rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic Terbalik
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 70/90-17M/C (38P)
Tayar Belakang 120/70-17M/C (58P)
Saiz tangki 4.8 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 115 kg
Harga RM6,988*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Suzuki Belang R150 Model Rujukan


Suzuki Belang R150 adalah model rujukan bagi kategori Supercub. Mana-mana jentera yang dikeluarkan selepasnya seharusnya mempunyai spesifikasi yang setara ataupun lebih baik.


Yamaha Y15ZR Menggunakan Kotak Gear 5-kelajuan?


Tidak banyak yang boleh diulas. Namun begitu, mengapa Yamaha Y15ZR hanya dilengkapkan dengan kotak gear 5-kelajuan masih menjadi persoalan. Sememangnya mencacatkan spesifikasi jentera yang dikira cukup hebat!


Honda RS150R Lebih Berat Dari Pesaingnya?


Diatas kertas, spesifikasi Honda RS150R agak mantap. Dilengkapi dengan alatan serta teknologi terkini. Namun begitu, berbanding para pesaingnya Honda RS150R adalah jentera yang paling berat didalam kelasnya.


Spesikasi Benelli RFS150i Yang Agak Gila-gila!


Menarik apabila memperkatakan tentang spsifikasi Benelli RFS150i yang dilengkapi dengan sistem Triple-spark (B3SP). Bermaksud jentera ini menggunakan 3 unit palam pencucuh! Sistem ini direka untuk meminimumkan emisi (Euro 4) dan memaksimumkan kuasa.

Oh ya. Fork hadapan teleskopik terbalik itu memang mengancam!


Malaysia Ketinggalan


Model-model yang diperkenalkan ini sebenarnya sudah berada di pasaran negara Asean agak lama kecuali bagi model Benelli RFS150i yang pertama diperkenalkan di Malaysia, mendahului negara Asean yang lain. Agak mengecewakan kerana Malaysia selalunya ketinggalan. Diharap pihak pengeluar akan lebih agresif pada masa akan datang untuk memperkenalkan model serta varian terbaharu dipasaran.

Sepatutnya Sudah Ada ABS (Anti-lock Braking System)


Apa pun ceritanya, didalam memperkatakan tentang teknologi dunia dua roda kita tidak boleh lari dari memperkatakan juga soal keselamatan. Jika dilihat daripada angka-angka yang dipersembahkan oleh setiap pengeluar, kesemuanya menunjukkan peningkatan dari segi kuasa. Sepatutnya untuk motosikal yang telah dilabel sebagai "Supercub", sistem brek ABS (Anti-lock Braking System) perlu dilengkapkan sebagai alatan standard.

Sejujurnya, peminat jentera dua roda di negara ini sebenarnya sedang tertunggu-tunggu pengeluar pertama yang berani memperkenalkan sistem tersebut untuk motosikal "Underbone 150" (Supercub).

Rujukan:
Suzuki Asemblers Malaysia
Hong Leong Yamaha
Boon Siew Honda
Benelli Malaysia

2 ulasan: