BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 April 2018

Jom Makan Laksa Sarawak

Kadang-kadang bila sudah tidak tahu mahu makan apa diluar, mulalah datang idea spontan untuk mencuba makanan yang bukan kebiasaannya dinikmati. Memandangkan kami berada di Bandar Seri Alam, adalah lebih baik untuk mencari restoran atau kedai makan yang berada disekitarnya.           

Sebenarnya sudah lama terperasan Restoran SugarBun cawangan Bandar Seri Alam setiap kali melalui jalan dihadapan Today's Mall. Namun begitu, masih belum tergerak hati untuk singgah. Akhirnya setelah sekian lama, kami gagahkan juga untuk singgah.


Laksa Sarawak - SugarBun Bandar Seri Alam
Laksa Sarawak


Salah satu menu makanan yang telah dicuba ialah Laksa Sarawak. Memang tiada idea langsung bagaimanakah rasanya. Namun begitu apabila sudah mencubanya, ternyata ia sesuai betul dengan citarasa kami.

Yang pastinya rasanya bukanlah seperti yang kami bayangkan. Apa pun ceritanya, bagi merangsang variasi rasa serta lari dari kebiasaan, Laksa Sarawak adalah menu yang patut dicuba.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan