BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 April 2018

Jumpa Putu Piring Di Majlis Perkahwinan

Bila terpandang gerai Putu Piring yang ada di majlis perkahwinan semalam memang teringat cerita dulu-dulu semasa kanak-kanak. Maklumlah Putu Piring ini antara juadah kegemaran arwah emak dan biasanya dibeli pada setiap kali kunjungannya ke pasar malam.


Gambar Putu Piring
Putu Piring



Ironinya, pada masa itu (kanak-kanak) saya bukanlah pengemar Putu Piring. Kalau makan pun, bahagian yang manis sahaja. Bahagian yang tidak manis, arwah emak yang akan menghabiskannya.

Sekarang saya berada di fasa dimana saya merasakan bahawa Putu Piring serta makanan-makanan tradisi yang lain adalah makanan yang amat sedap. Lebih-lebih lagi apabila ianya adalah makanan yang agak sukar didapati.

Dilemma apabila anak-anak hanya memilih bahagian yang paling sedap manakala ibu bapa tidak boleh memilih demi mengelakkan pembaziran.

Sekarang barulah saya faham. Tak apa, Abah makan semua.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan