![]() |
Putu Piring |
Ironinya, pada masa itu (kanak-kanak) saya bukanlah pengemar Putu Piring. Kalau makan pun, bahagian yang manis sahaja. Bahagian yang tidak manis, arwah emak yang akan menghabiskannya.
Sekarang saya berada di fasa dimana saya merasakan bahawa Putu Piring serta makanan-makanan tradisi yang lain adalah makanan yang amat sedap. Lebih-lebih lagi apabila ianya adalah makanan yang agak sukar didapati.
Dilemma apabila anak-anak hanya memilih bahagian yang paling sedap manakala ibu bapa tidak boleh memilih demi mengelakkan pembaziran.
Sekarang barulah saya faham. Tak apa, Abah makan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan