Sejak saya mula berkerja, inilah pertama kalinya saya menyertai "Company Trip". Sudah 5 tahun saya bekerja di syarikat ini. Sebelum ini sudah banyak kali melepaskan aktiviti yang menyeronokkan ini kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.
Pada tahun 2002, saya tidak dapat pergi kerana hendak bertunang. Tahun berikutnya 2003, tidak dapat menyertainya kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Manakala tahun 2004 saya tidak dapat mengikutinya kerana baru mendapat anak!
Pada tahun 2002, saya tidak dapat pergi kerana hendak bertunang. Tahun berikutnya 2003, tidak dapat menyertainya kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Manakala tahun 2004 saya tidak dapat mengikutinya kerana baru mendapat anak!
Gambar ini saya ambil dari dalam bas. Sudah tidak tahu hendak dibuat apa sebenarnya! Signboard dan kabel elektrik yang berselirat. Pening kepala melihatnya. Macam mana agaknya kalau ada masalah? Mesti susah nak troubleshooting!
Sepanjang berada di Bali, kami menginap di Hotel Jayakarta. Penginapan yang agak selesa menghadap laut.
Merehatkan Fikiran Yang Sebenar Ialah..
Bila pergi bercuti, tujuan utamanya ialah untuk merehatkan fikiran dan minda. Tetapi bila sudah sampai di sana, baru saya tahu merehatkan fikiran dan minda sebenarnya tidak wujud! Memenatkan badan dengan pelbagai aktiviti serta berjalan ke sana dan ke sini, serta menjelajah dari satu kedai ke kedai yang lain. Membeli belah merupakan terapi merehatkan minda yang sebenar!
Selagi ada duit memang tidak boleh duduk diam, tentu ada sahaja rancangan. Bila sudah kehabisan duit barulah tenang... Jadi betullah "teori" yang mengatakan membeli belah ialah sejenis terapi yang menenangkan :D
Lorong kecil sebelah hotel..menghala ke pantai
Sayangnya sepanjang percutian ini, Aku tidak dapat mengambil banyak gambar kerana terdapat sedikit masalah dengan kamera digital yang dibawa.
Masalah kehabisan kuasa bateri yang amat kritikal sebenarnya. Lain kali Aku akan lebih bersedia dengan membawa bateri tambahan. Memang kena beringat, apabila ke luar negara kamera digital merupakan gadget yang paling penting untuk merakam gambar tempat-tempat menarik sepanjang lawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan