BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 April 2008

Novatel Merlin U530 - Firmware Upgrade

Untuk akses internet di rumah, Aku gunakan Celcom Wireless Broadband. Aku melanggan pakej yang paling murah D68. RM68 sebulan! Kelajuan pakej tersebut ialah maksimum muaturun download adalah 384kpbs dan muatnaik upload maksimum 64kpbs. Perlahan? memang pun.. tapi apa boleh buat dah belanjawan bulanan memang "tight" dan itu pun yang Aku mampu buat masa ini. Lebih baik ada daripada tiada langsung.. Cuma kalau ada rezeki nanti mungkin nak "upgrade" ke pakej D98, HSDPA.


Novatel Merlin U530
Novatel Merlin U530

Datacard yang Aku guna untuk mengakses internet adalah dari model Novatel Merlin U530. Itu pun yang paling "cikai" ada di pasaran. Beli pada harga RM299. Sebab nak guna cepat , Aku beli terus di kedai handphone di KIP Mart, Tampoi. Rasanya Aku boleh dapat lebih murah kalau "source" dari lelong.com.my.

Aku gunakan datacard nih dah dekat sebulan lebih. Ada beberapa masalah yang kadang-kadang menggangu keseronokan berinternet. Seperti sedia maklum teknologi wireless broadband ni sebenarnya adalah sama seperti GSM/GPRS atau dengan perkataan mudah.. teknologi telefon mudah alih biasa. Masalah biasa yang dihadapi adalah seperti:
  1. Tiba-tiba kehilangan signal.
  2. Boleh connect tetapi tiada data.
  3. Network perlahan.

Novatel Merlin U530 - Firmware Upgrade
Novatel Merlin U530 - Firmware Upgrade


Rasanya di kawasan Aku tinggal ni tiada masalah "connection" kerana sebelum ini, Aku biasa mengakses internet menggunakan PDA. Tiada masalah. Jadi Aku mula la mengesyaki yang datacard itu mungkin ada masalah. Untuk kepastian Aku pun cuba mencari maklumat di google dan beberapa forum GSM untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Berdasarkan spesifikasi OEM, firmware asal untuk Merlin U530 ialah "version 0.30". Setelah menjelajah ke beberapa forum dan web telco, Aku dapati Novatel Wireless tidak mengeluarkan "firmware upgrade" secara terus di halaman web Novatel Wireless. Segala firmware upgrade dan software upgrade hanya boleh didapati di halaman web syarikat telco.

Untuk pasaran Malaysia, hanya Maxis yang membawa masuk model ini. Jadi Maxis memang ada menyediakan firmware upgrade untuk datacard ini. Version yang terdapat di halaman web Maxis adalah "0.43". Bila dah jumpa firmware terbaru, Aku pun terus "download" dan upgrade firmware datacard. Alhamdulillah selepas upgrade firmware terbaru, ia menyelesaikan semua masalah yang di alami sebelum ini.

Pada sesiapa yang menggunakan datacard model ini, sila upgrade kepada firmware terbaru, untuk memaksimumkan prestasi datacard anda.

Rujukan: Novatel Wireless, Maxis
Firmware Download Version 0.43 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan