BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 Jun 2008

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin

Alhamdulillah Nurin Amani selamat di lahirkan pada 17/06/2008, awal 2 minggu dari due date. Rasanya dia dah tak sabar nak melihat dunia. Anyway Aku amat bersyukur sebab kedua-duanya sihat. Memang agak terkejut juga pada mulanya apabila menerima panggilan daripada Azza mengatakan yang dia dah terasa sakit malam tue (Isnin, 16/06/08). Aku pun terus ke Terminal Bas Larkin untuk mendapatkan tiket untuk balik ke Seremban malam itu juga. Nasib nampaknya menyebelahi Aku, dapat tiket dari kaunter Plusliner untuk perjalanan jam 9:30 malam. Alhamdulillah.

Sampai di Seremban lebih kurang pukul 1:00 pagi. Nazri, Emak, Azza dan Nurin datang menjemput Aku di Terminal One. Aku ingatkan Azza dah ada di hospital, rupa-rupanya dia tunggu Aku sampai dari JB! (Kalau ikutkan perancangan yang telah pun dibuat, sebaik sahaja Azza merasa sakit, Abang ipar kami akan diminta untuk menghantar Azza ke hospital). Kami terus ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Azza di daftarkan masuk ke wad lebih kurang pukul 1:40 pagi.


Nurin Iman Kena Balik, Emak Nak Masuk Wad
Nurin Iman Kena Balik, Emak Nak Masuk Wad

Tengahari itu Aku dan Emak melawat Azza dan bawakan dia masakan dari rumah. Masakan hospital mana best hehe. Menurut Doktor, Azza dijangka bersalin malam nanti. Hmmm.. Harap-harap sempatlah nak ke hospital malam nanti. 

7:45 malam, Azza telefon rumah emak mengatakan yang dia akan dipindahkan ke "labour room". Kali ini Aku bertekad untuk sampai ke hospital secepat mungkin. Sampai di hospital dalam pukul 8:30 malam dan Aku terus ke labour room. Menunggu hampir sejam setengah namun tiada apa-apa berita. Kemudian keluar seorang Doktor pelatih memanggil nama Aku. Aku pun tanpa melengahkan diri terus mengikutinya masuk ke labour room. Hospital Seremban memang sudah diiktiraf sebagai hospital mesra bapa sejak 1999. Ini bermaksud bahawa suami boleh menemani isteri semasa proses kelahiran.

"Awak nak temankan isteri masa bersalin nanti? "
"Kalau setuju sila baca borang ini dan tandatangan di bawah"

"Err Saya Ok.. nak masuk temankan isteri"
 
"Ramai orang cakap dia ok..tapi bila nampak darah dia pengsan"

"Insyallah saya ok"

Bila dah isi serta menandatangani borang dan mendapat pelepasan untuk menemani isteri sewaktu bersalin, Aku terus di arahkan ke bilik no 2. Memang kesian tengok isteri yang sedang sakit nak bersalin.. tak dapat nak digambarkan. Azza tak lekang beristifar sepanjang waktu semasa berada di labour room. 

Aku menemai Azza dari mula sehingga selesai proses kelahiran. Memang ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup. Peluang seperti ini sepatutnya mesti diambil oleh semua bapa! Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan. Alhamdulillah!


Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan.
Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan.


Pukul 12:45 malam Azza dan baby telah pun di pindahkan semula ke wad. Setelah mereka berdua di pindahkan di wad barulah Aku berpeluang untuk mendukung Amani buat kali pertama dan mengazankannya. Azza kelihatan gembira dengan kehadiran baby baru kami.

Pagi itu doktor mengesahkan Azza dan baby sihat. Tengahari nanti baby dan emaknya dah boleh keluar wad. Tak sabar nak tunggu orang baru balik ke rumah!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan