BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Oktober 2008

Rain X - Rain Repellent

Sebenarnya part yang paling Aku tak gemar ialah "endorsed" produk! Susah nak nak train lidah dan kata yang baik-baik tentang sesuatu barang. Mungkin sebab itu Aku tak mungkin akan jadi "Salesman" yang baik atau agen "Direct Selling" yang bagus :D haha.. Tapi benda atau perkara yang bagus patut dihebahkan. Aku dah guna produk nih dah lebih 10 tahun. Ternyata berkesan dan amat membantu pengelihatan semasa hujan lebat.

Rain X - Rain Repellent
Rain X - Rain Repellent

Penggunaannya amat mudah, cuma sapukan pada cermin hadapan kenderaan dan akan dapat bertahan selama sebulan. Kebaikan menggunakan "Rain Repellent" ini ialah ia dapat menghindarkan kabus daripada terbentuk di cermin, penglihatan akan lebih jelas dan kurang menggunakan pengelap cermin @wiper. 

Selain di gunakan di cermin, Aku juga menggunakannya pada "visor" topi keledar bila menunggang motorsikal. Banyak versi "Rain Repellent" ni, tetapi yang original ialah "Rain X". Kadang-kadang terjumpa yang macam "Rain X" tetapi bila di perhatikan betul-betul ejaannya.. "Rain K" rupanya. Sebelum beli perhatikan betul-betul labelnya!

1 ulasan:

  1. Masa dulu aku selalu guna Rain X ni.. Mmg betul kata ko, kalau hujan xde prob..

    BalasPadam