
Dengan sedikit pelaburan, kita boleh meningkatkan keupayaan multimedia. Untuk projek ini Aku pilih "Supercard + Mini SD card". Dengan Supercard ini kita boleh copy "GBA ROM" yang di download dari internet/"Homebrew ROM" dan kemudiannya di simpan ke Mini SD card. "Supercard" ini boleh menyokong Mini SD card sehingga 2GB! Kalau dah boleh support 2GB, senang cerita kita boleh copy 500 "GBA ROM" kalau diandaikan setiap "ROM" ialah 4MB. Eh betul ke Aku punya kira-kira ni! Kalau salah tolong maafkan yek.

Mudah menggunakan "Supercard" ini, lebih-lebih lagi dengan adanya storan luaran "Mini SD" yang mudah digunakan untuk mengemaskini "GBA ROM" yang ada. Selain itu "Supercard" juga menyokong fungsi "Realtime Save". Maksudnya kita boleh save game pada bila-bila masa tanpa mengira level dan sambung semula permainan atau sambung semula permainan pada hari yang lain!
Kita juga boleh membuat direktori pada menu utama. "Supercard" juga menyokong fungsi "Cheat" untuk menipu permainan :D

MP3 juga boleh di "convert" untuk dimainkan pada Gameboy Advance SP ini. Software/Converter untuk "Supercard" boleh melakukannya dengan agak cepat. Cuma kualitinya tak berapa baik sebab akan jadi "Mono". "Gameboy Advance SP" tu pun memang ada mono speaker aje pun..
Kalau mengikut "manual" dari "Supercard" website, Video juga boleh di "convert" untuk di mainkan ke "Gameboy Advance SP". Tapi setelah mencuba beberapa kali, masih tak berjaya! :( Hanya keluar suara sahaja, imej videonya tak kelihatan. Mungkin kalau menggunakan "Gameboy Advance Micro" boleh keluar kot.. sebab dalam keluarga "Gameboy Advance", Model "Micro" paling baru.
"Supercard" juga boleh digunakan untuk membaca ebook, tetapi ebook yang mempunyai format *.txt sahaja.
Apa-apa pun dengan menggunakan "Supercard" kita tak perlu lagi membawa beberapa katrij games kerana semuanya telah di "copy" ke dalam "Supercard"! Mudah untuk di bawa dan saiz Supercard itu sendiri sama besar dengan katrij "original game".
Ambil kesempatan sementara harga "Memory Card" sedang murah sekarang ini. Mini SD 2GB boleh di beli dengan harga dibawah RM35. "Supercard" boleh didapati di Dealextreme dengan harga USD16.26 atau lebih kurang RM60 dengan free shiping. Cuma letih la nak tunggu "shipment", kurang-kurang pun 2 minggu baru tiba depan pintu rumah.
Aku upgarade Gameboy Advance SP ini sebenarnya buat Nurin Iman. Kadang-kadang je Aku sentuh, itu pun sebab nak main game "Street Fighter"! Hehe.. "Arcade Retro".
**Buy Gameboy Advance/SP Accessories here!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan