Kali terakhir kami pergi ke zoo, kalau tak silap pada 2007! Kami ke Zoo Negara! Kali ini kami ke Zoo Johor. Dah bertahun tak ke Zoo Johor! Sebenarnya ianya tak dirancang sama sekali. Kebetulan semalamnya, Aku baru balik dari Jakarta dan mendapati seisi rumah mengalami demam. Azza dan Nurin Amani baru hendak deman. Manakala Nurin Iman pula sudah 2 hari demam dan beransur pulih.
Pihak sekolahnya telah merancang untuk ke Zoo Johor pada minggu yang sebelumnya. Nurin Iman tahu pada hari tersebut cikgu dan rakan-rakan sekelasnya hendak pergi ke Zoo Johor. Dia kelihatan amat bersemangat untuk mengikutinya walaupun demamnya belum pulih lagi. (Dia masih dalam cuti) Terpaksalah kami membawanya ke sana dan seterusnya berjumpa dengan rakan-rakanya yang telah sedia sampai. Kebetulan pada masa itu ibu mertua pun ada di rumah, jadi kami pun membawanya sekali ke sana.
Tak banyak perubahan struktur di Zoo Johor, tetapi sekarang ianya lebih cantik dan kemas. Haiwan-haiwan juga kelihatan lebih terurus dan berjaga. Syabas diucapkan kepada kakitangan dan pihak pengurusan Zoo Johor! Tiket masuk, Dewasa RM2 dan Kanak-kanak RM1! Rasanya paling murah di Malaysia.
21 Ogos 2009
Zoo Johor - Bahagian 1 (2009)
Zoo Johor
Labels:
Dalam Negeri,
Jalan-Jalan,
Johor Bahru,
Zoo,
Zoo Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
:-[ best jugak gambar ni ;) ;) :-P
BalasPadamBest²! Sekarang ada tarikan baru di Zoo Johor. Ada 2 ekor "Anak Gajah" Comel.
BalasPadam