Banyak organisasi kini telah pun menghalang akses ke halaman web rangkaian sosial dan " streaming media". Dari sudut pandangan pihak pekerja dan kakitangan, halangan sebegini seolah-olah menyekat kebebasan mereka. Manakala dari sudut pandangan pihak syarikat terutamanya pihak pentadbir IT, tindakan yang diambil ini adalah amat wajar.
Bukan untuk menidakkan hak sesiapa untuk mendapatkan maklumat. Situasi yang Aku gelar "Ditelan mati emak, diluah mati bapak". Maklumlah yang hendak disekat dan ditapis itu internet, yang sekarang ini sudahpun dikira sebagai keperluan dan yang menjadi mangsa ialah rakan-rakan sepejabat!
Mungkin para pekerja serta kakitangan syarikat tidak menyedari bahawa menggunakan kemudahan internet untuk mengakses halaman web rangkaian sosial dan "streaming media" sebenarnya akan memaksimumkan penggunaan "bandwidth". Apabila penggunaan "bandwidth" hampir ke tahap maksimum, ia akan menyebabkan kesesakan trafik di dalam sistem rangkaian tempatan. Seterusnya akan menyebabkan perkhidmatan dan sistem lain yang menggunakkan rangkaian yang sama akan turut terjejas. Sebab itu pengawalan dan penapisan terhadap halaman rangkaian web sosial dan "streaming media" amat diperlukan.
Oh ya.. Aku menulis dari perspektif pentadbir IT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan