Aku mengetahui tentang kewujudan projek ini bila terbaca di sebuah blog mengenainya beberapa bulan yang lalu.. Kemudian blog tersebut telah membawa Aku ke YouTube.
Aku berpendapat bahawa ini merupakan satu projek yang amat menarik kerana ianya menggabungkan elemen muzik analog tradisional dan digital. Selain daripada itu, terdapat elemen "cosmic radio wave" yang turut di integrasikan ke dalam setiap lagu. Cukup untuk meletakkan projek ini berada didalam kelasnnya yang tersendiri.
Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya album ini dilancarkan secara rasminya pada 27 Disember 2009. Sebaik sahaja album ini dilancarkan, Aku pun segera memesannya. Bermula dengan menghantar email kepada penerbitnya En Kamal Sabran yang menyatakan bahawa Aku amat berminat untuk memiliki album tersebut. Aku kemudiannya melengkapkan pembelian tersebut dengan memindahkan wang sebanyak RM20 dan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat untuk tujuan penghantaran.
Alhamdulillah semalam album yang telah ditunggu-tunggu telah pun sampai. Insyallah cuti hujung minggu ini akan dihabiskan untuk mendengar kesemua lagu-lagu yang terdapat didalamnya.
10 Januari 2010
Space Gambus Experiment - Review Part 1
Space Gambus Experiment
Labels:
Review,
Space Gambus Experiment
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan