Beberapa minggu yang lalu, tiba-tiba kereta Satria ini seperti tidak bermaya. Kuasa pecutan turun mendadak, terasa berat untuk bergerak serta bateri pula kehilangan kuasa dan akhirnya enjin tidak dapat dihidupan. Masalah Bateri atau Alternator?
Kalau hendak dikatan baterinya sudah rosak memang agak mustahil kerana saya telah menggantikannya dengan bateri baru sekitar bulan September 09 yang lalu. Masih agak baru iaitu kira-kira 6 bulan. Jangka hayat bateri biasanya lebih kurang dua tahun jika diselenggara dengan baik. Err maintenance free battery tak perlu diselenggara.
Berdasarkan pengalaman, jika bateri kehilangan kuasa secara mendadak, tentu ia berkaitan dengan sistem elektrik kereta atau yang lebih tepat lagi ialah alat untuk menghasilkan elektrik dan mengecas bateri mungkin telah rosak. Aisey.. Saya terus teringatkkan "Alternator"!
Proton Satria - Masalah Bateri atau Alternator? |
Saya memanggil mekanik untuk datang ke rumah untuk memeriksa Satria. Berbekalkan "Voltmeter" untuk menguji kuasa bateri dan keupayaan menguji kuasa mengecas "alternator", akhirnya ia mendapati bahawa bateri tersebut masih dalam keadaan baik tetapi "alternator" memang telah rosak! Ia sudah tidak dapat membekalkan dan menjana elektrik yang cukup untuk Satria.
Patutlah tempohari keika saya memandu di malam hari, lampu hadapan seperti tidak cukup terang. Simptom ini sudah seminggu ditunjukkan cuma saya yang tidak ambil kisah! Nasib baik juga ia rosak di rumah. Kalau ketika Azza yang memandunya tentu keadaan akan jadi lebih sukar dan menjadi kelam kabut.
Alternator itu seusia dengan Satria. Memang sudah sampai masa ia ditukar! Boleh rujuk artikel [Link]untuk lebih lanjut bagaimana untuk menentukan sama ada bateri atau alternator yang perlu ditukar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan