BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Februari 2010

Sindrom Tiada Duit Kecil

Masalah tiada duit kecil ini biasa di Malaysia. Untuk lebih tepat lagi, ini ialah masalah utama dikalangan peniaga-peniaga di Malaysia! Kadang-kadang bukan setakat peniaga yang tidak mempunyai duit kecil, sindrom ini juga merebak ke kaunter-kaunter perjualan tiket terutamanya bas ekspress. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Peniaga atau pihak pengurusan syarikat perlu sentiasa bersedia menyediakan duit kecil secukupnya untuk memastikan kelancaran urusan di kaunter.

Pengalaman menaiki bas ekspress sejak dari alam persekolahan sehingga kini memang menunjukkan yang situasi itu kerap terjadi.

Kalau dahlulu semasa Aku berusia belasan tahun, Aku tidak kisah sangat bila pihak petugas kaunter meminta Aku memecahkan duit dahulu sebelum membeli tiket bas. Terpaksalah ke gerai-gerai berdekatan, menebalkan muka meminta duit ditukar pada not yang lebih kecil atau kalau tidak mampu menebalkan muka terpaksa membeli sesuatu untuk mendapat pecahan baki dalam not yang lebih kecil! Oh! Itu cerita lapan belas tahun dahulu!


Sindrom Tiada Duit Kecil


Kira-kira dua tahun yang lalu ketika Aku ingin membeli tiket bas ekspress untuk perjalanan ke Seremban, sekali lagi Aku diminta untuk menukarkan duit kecil terlebih dahulu sebelum dapat membeli tiket. Keadaan masih tidak berubah!

Kisah ini terjadi di kaunter penjualan tiket bas ekspress yang agak terkenal! Memang menyirap darah bila sampai giliran untuk membeli tiket, pihak kaunter memberikan alasan remeh pada pelanggan!

Kalau tiada duit kecil.. Adakah itu masalah pelanggan? Itu masalah pengurusan syarikat! Bersedialah secukupnya terutama pada masa cuti atau hujung minggu di mana terdapatnya peningkatan dikalangan penumpang yang menggunakkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Aku tidak lagi bertoleransi dengan keadaan sebegitu! Sepatutnya kualiti perkhidmatan yang diberikan menjadi lebih baik berbanding lapan belas tahun dahulu. Pelanggan sebenarnya ada hak untuk dilayan dengan baik. 


Bila petugas kaunter bas ekspress tersebut menyuruh Aku menukar duit terlebih dahulu.. Terus Aku katakan padanya, "Itu bakan masalah Saya!"  "Saya pelanggan dan saya patut dilayan dengan baik.." "Sekarang Awak pergi cari orang awak untuk tukar duit ini!"  Sebaik sahaja Aku kata begitu kepadanya.. beliau terus mengambil duit Aku, menyerahkan tiker dan memulangkan bakinya! Eh! Ada pulak duit kecil!  **kebingungan**


Tiada ulasan:

Catat Ulasan