BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 Mac 2010

Ingatkan Telur Ikan...

Aku bukanlah seorang yang "adventurous" bila berbicara tentang makanan. Kurang keinginan untuk mencuba makanan lain. Mungkin disebabkan Aku sebenarnya selesa makan di rumah berbanding dengan makan di luar. Terlanjur bercerita tentang makanan, teringat ketika Aku bekerja di Kuantan. Sewaktu itu, Aku keluar untuk makan tengahari. Seorang rakan mencadangkan supaya kami makan di Benteng. Kawasan medan selera yang cantik berlatar belakangkan Sungai Kuantan, bersebelahan Stesen Bas Lama Bandar Kuantan.

Aku diberitahu bahawa di negeri Pahang, memang kaya dengan hasil sungai seperti ikan sungai dan ulam-ulaman. Dipendekkan cerita apabila sampai di gerai yang dimaksudkan, kawan yang seorang tadi itu terus mengambil nasi beserta ulam-ulaman dan telur ikan. Menurutnya telur ikan sungai itu sukar didapati, kebetulan ia ada di gerai itu dan terus mengambilnya. Aku mengiyakan sahaja katanya kerana Aku memang tidak berani mencuba walaupun nampak menyelerakan. Tidak mengapalah nanti kalau Aku sudah bersedia mungkin Aku akan mencubanya, tetapi untuk hari itu Aku lebih berselera untuk makan nasi berlaukkan ayam goreng berempah yang tidak kurang hebatnya.

Kawan yang seorang itu makan dengan penuh berselera, maklumlah telur ikan yang "raw" serta jarang-jarang didapati pasti sedap dan bertuah dapat menikmatinya. Setelah selesai menjamu selera, tiba masa untuk membuat pembayaran. Kawan yang seorang itu terus memanggil pembantu kedai untuk mengira.

Pembantu Kedai:  Encik makan apa tadi?
Aku: Nasi dengan Ayam Goreng Berempah..
Kawan yang seorang itu : Nasi dengan ulam dan telur ikan!
Pembantu Kedai: Eh Encik mana ada Telur Ikan! 
Kawan yang seorang itu: Eh yang ada atas rak tadi itu apa?
Pembantu Kedai: Ooo.. yang itu bukan Telur Ikan, itu Otak Lembu!
Aku dan Kawan yang seorang itu:  ??? (Sambil terlopong!) 



Otak Lembu - Ingatkan Telur Ikan...



Otak lembu? Memang tak tefikir langsung nak makan otak lembu hari itu! Kawan yang seorang itu lagilah terkejut kerana beliau memang mati-mati menyangkakan bahawa itu adalah telur ikan berdasarkan rupa sajian dan cara masakkannya. Lagipun beliau orang tempatan, tentulah sangat arif membezakan antara telur ikan dan otak lembu! Err.. Aku rasa la..

Aku sempat bertanya pada kawan yang seorang itu macam mana rasanya? Jawappannya mudah.."Sedap" semasa dia menyangka itu adalah telur ikan.. dan rasa "Loya" bila tahu yang itu adalah Otak Lembu! Bila sampai di pejabat, Aku terus kunci mulut dan cerita tersebut untuk tidak mengaibkan sesiapa. Maklumlah pakar makanan Negeri Pahang sudah tertipu!

Oh! Kalau ingin makan "Otak lembu" .. Aku tahu gerainya..

Foto, kredit - Otak Lembu Masak Sambal


23 ulasan:

  1. brat2104Mac 15, 2010

    otak lembu mmg kegemaran datukku... dia suka masak air kot.. tah la.. mesti rasa lemak je...

    err.. saya sendiri xpenah try

    BalasPadam
  2. wuuuuuuu..pasni nak makan pe2 kena tanye dulu ah..xley main taram je! fuh scary juge yer.

    BalasPadam
  3. Entahlah tak tahu rasanya macam mana.. Mungkin sedap kot!

    BalasPadam
  4. Bukan setakat Scary.. Ini sudah kes Horror!

    BalasPadam
  5. yer betoi..itu amat horror..sorry baru bertandang kat blog ni..terbace tips benti merokok. =)

    komen sini saje..yer dalam idup mesti ade mission statement.

    so mission statement tuk makanan : Saye akan bertanya dulu sebelum makan! [Macam cuci tangan dulu before makan]..hehe.

    BalasPadam
  6. Penting tu untuk ambil tahu sebelum makan.. sebab tu Saya tak berani nak cuba yang bukan-bukan.

    BalasPadam
  7. aku ingatkan dalam fear factor je orang makan otak lembu. haha

    BalasPadam
  8. Park AirMac 15, 2010

    aku penah makan sekali je otak lembu, gulai masak lemak. tu pun dengan tekak yang kembangg.. (X_X)

    BalasPadam
  9. Kalau orang Malaysia masuk Fear Factor..Tentu ada yang menang!

    BalasPadam
  10. Cuba bayangkan gulai masak lemak telur ikan.. Pasti menyelerakkan!

    BalasPadam
  11. Pak Air, Rasanya macam mana? Macam Telur Ikan ke?

    BalasPadam
  12. Mista BloggaMac 15, 2010

    ok gak tu.. at least, merasa makan otak! :)

    BalasPadam
  13. Heheh.. The only otak yang Saya suka ialah Otak-Otak!

    BalasPadam
  14. salam bro anif..
    same ke rupa telur ikan ngan otak lembu??
    haiyerr loya terus tekak..
    hati lembupn saya tak makan inikn pulak otak/lidah/ekor lembu...

    BalasPadam
  15. W'salam.

    Dari segi rupa bila dah dimasak lemak memang serupa. Tapi tak pasti pula rasanya sama atau tidak..

    BalasPadam
  16. alamak kembang semangkuk tekak ni...isk kalau tak bgtau mybe leh try test p kalau dh tau konpem terbelahak balik...

    BalasPadam
  17. Hahaha.. Samalah! Kalau tak tau tak pe.

    BalasPadam
  18. brat2104Mac 15, 2010

    hati lembu lebih sedap dari hati ayam.. siyes..

    otak lembu.. err.. nanti balik kampung saya tanya atuk saya. rasa lemak2 la kot kan? sebab otak banyak lemak. atuk saya je yg sanggup makan.. tapi sekarang x lagi la.. xde org sanggup siang kepala lembu dah

    BalasPadam
  19. Hahaha...that's a funny experience. Moral of the story, jgn terover confident bila makan...hehe..

    BalasPadam
  20. Ye betul tu. Tak salah bertanya dahulu kalau tidak pasti.

    BalasPadam
  21. Park AirMac 15, 2010

    telur ikan xpe sedap, ni macam ape yek. xleh dicompare ngan mana2 kot. bluwek!

    BalasPadam
  22. Artikel berkenaan Otak Lembu Goreng -http://jelajah-xplorer.blogspot.com/2010/03/otak-lembu-goreng.html

    Terjumpa ketika melakukan "Blog Walking" tadi.

    BalasPadam