BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Mei 2010

Gagal Sekarang Lebih Baik..

Masih berkisar tentang topik-topik yang dibincangkan ketika bertemu kenalan lama tempohari. Selain daripada topik Facebook, kami juga membincangkan topik yang agak berat iaitu kehidupan.

Ada Yang Sudah Berjaya

Maklumlah bila usia sudah memasuki usia 37 tahun sebahagian daripada kawan-kawan telah pun berjaya dalam hidup. Yang bekerja makan gaji, biasanya sudah berada pada tahap senior manakala bagi yang berniaga ada yang sudah berjaya. Seronok mendengar cerita kejayaan rakan-rakan.

Ada Juga Yang Masih Bertatih

Namun begitu ada juga yang masih bertatih dan terkial-kial untuk bermula semula akibat salah percaturan. Perniagaan yang tidak menjadi, pelaburan yang tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan serta hubungan peribadi yang bermasalah. Aku amat bersimpati dengan mereka namun begitu inilah realiti kehidupan! Tidak semuanya indah..

Gagal Sekarang Lebih Baik..

Untuk gagal dan bangkit semula dalam usia sebegini lebih baik daripada gagal di usia pencen!  Sekurang-kurangnya buat mereka masih ada lagi masa dan masih berpeluang memperbetulkan kesilapan serta mempelajari sesuatu yang berguna untuk dijadikan pedoman hidup. Apa-apa pun hidup perlu diteruskan..

Aku sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat kawan-kawan :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan