Bila berjumpa kenalan lama macam-macam topik akan dibincangkan! Cuma kekangan masa yang membataskan perbualan. Kalau tidak, pasti akan terkeluar segala teori paradox yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dunia :D
Facebook
Dalam banyak-banyak perkara, topik berkenaan Facebook antara yang paling menarik. Aku katakan padanya yang Facebook tidak akan digunakan oleh orang jahat! Maksud sebenar Aku berkenaan orang jahat ialah orang yang dahulunya (zaman mudanya) bersikap playboy dan playgirl! Kalau golongan ini menyertainya dengan menggunakkan nama sebenar, Aku juga yakin yang ia tidak akan bertahan lama.
Mengapa tidak boleh bertahan lama?
Ini kerana Facebook sentiasa mengandungi unsur-unsur dramatik dan kejutan! Kalau mereka ini dahulunya gemar bergambar, adalah tidak mustahil gambar-gambar lama itu akan diimbas dan dipostkan ke Facebook! Kemudian gambar-gambar ini akan di "tag".. Sama ada suka atau tidak Facebook seolah-olah telah menjadi liabiliti bagi golongan ini!
Memadam Akaun Facebook
Jadi keputusan yang paling wajar untuk golongan ini ialah memadam akaun Facebook sepantas yang mungkin sebelum rahsia besar mereka didedahkan! Hmmm hebat sungguh teknologi dan penangan halaman web sosial ini sehinggakan orang jahat takut guna Facebook! Haha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan