BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Jun 2010

Buku Besar Saya

Alhamdulillah, Nurin Iman sudah boleh membaca. Dia sudah pun berjaya menghabiskan siri pertama "Buku Besar Saya". Mengikut perjanjian awal antara Nurin Iman dan Abahnya, jika dia berjaya menghabiskan buku tersebut.. Abah akan membelikannya buku baharu! Janji tersebut telah pun ditunaikan pada minggu lepas!



Kanak-kanak sebaya Nurin Iman seharusnya didorong untuk membaca ketika di rumah. Benar kana-kanak diusia begini dihantar ke sekolah tadika, tetapi melepaskan kesemua tanggungjawab kepada cikgu adalah tidak adil. Akhirnya anak-anak ini akan ketinggalan.

Jika mahu anak-anak berjaya, ibubapa perlu proaktif. Lagipun yang ditolong itu ialah anak sendiri bukannya orang lain. Jangalah berkira sangat..






Kasihan melihat kanak-kanak seusianya yang masih belum boleh membaca. Entah bagaimana mereka menghadapi alam persekolahan sebenar yang tak sampai pun setengah tahun lagi..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan