BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Nurin Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nurin Iman. Papar semua catatan

03 Januari 2014

Januari 03, 2014

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran

Pagi-pagi lagi saya sudah menerima panggilan telefon dari isteri semalam ketika baharu hampir memulakan kerja di pejabat. Saya diberitahu isteri bahawa MHI (Malaysia Hari Ini), terbitan TV3 telah menggunakan photo yang diambil daripada blog ini diakhir rancangan tersebut. 

Namun begitu, menjelang tengahari baharulah saya berkesempatan singgah ke halaman web tonton dan cuba mengesahkan perkara tersebut.

Memang benar, ada satu photo daripada blog ini yang telah digunakan diakhir rancangan MHI (Malaysia Hari Ini) episod ke 2 tahun 2014. Sebuah photo lama Nurin Iman dan emaknya ketika di hari pertama persekolahannya.


Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran
Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran [Link]



Entri yang diterbitkan pada 4 Januari 2011 [Link] ini memang benar-benar istimewa buat kami sekeluarga. Maklumlah, ianya berkenaan anak sulung kami di hari pertama persekolahannya. Tidak sangka pula, ada pihak yang berminat menggunakan photo tersebut!



Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran
Beri tumpuan pada minit ke 0:48 dan 3:01



Berikut adalah sedutan daripada rancangan MHI (Malaysia Hari Ini) episod 2 - tahun 2014 terbitan TV3 yang disiarkan pada 2 Januari 2014. Beri tumpuan pada minit ke 0:48 dan 3:01.







Sebenarnya saya tidak berminat untuk menjadikannya satu isu. Apa pun cerita serta tujuannya, pihak yang berkenaan seharusnya meminta kebenaran dahulu untuk menggunakan photo tersebut. Di zaman serba canggih ini rasanya tiada alasan untuk tidak berhubung kerana banyak saluran dan medium yang boleh digunakan.


04 April 2013

April 04, 2013

Kayu Ni Tak Boleh Dimakan!

Beberapa tahun yang lalu...


Tebu Memang Boleh Dimakan
Ketika di kampung, Saya menebang beberapa batang tebu untuk di makan.

Nurin Iman: Kayu ni tak boleh dimakan Abah!

Abah: Ini bukan kayu la, Iman.  Ini tebu!

Anak-anak Bandar


Masalah biasa bagi anak-anak bandar. Pokok tebu pun mereka tidak kenal! Menjadi tanggungjawab ibu bapa memperkenalkannya kepada mereka.

Anak-anak yang sedang membesar memang dahagakan ilmu formal dan tidak formal!

08 Februari 2013

Februari 08, 2013

Aktiviti Sebenar Sebelum "Keletihan Melampau" Tempohari

Ramai juga yang tertanya-tanya dan membuat spekulasi sendiri tentang aktiviti apakah yang menyebabkan Nurin Amani tertidur di dalam troli tempohari. "Keletihan Melampau - Wordless Wednesday #71" [Link]. 

Sebenarnya pada hari tersebut, kami ke Plaza Angsana untuk ke kedai buku dan membeli telekung untuk kedua-dua anak kami. Maklumlah telekung yang digunakan sekarang oleh Nurin Iman sudah tidak lagi sesuai digunakan kerana sudah singkat. 




Untuk Nurin Amani pula, inilah telekung pertamanya. Telekung yang digunakan sekarang adalah milik kakaknya dahulu. Biasalah anak kedua, selalu dapat barang "2nd hand" [Link]. Telekung tersebut juga perlu diganti kerana sudah singkat!  

Corak "Angry Bird" Pada Telekung? 


Dalam masa memilih telekung untuk kedua-duanya, saya terperasan corak yang agak ganjil untuk diletakkan pada telekung. Bila diamati betul-betul, baru kami perasan bahawa corak tersebut adalah gambar watak "Angry Bird"!


Corak "Angry Bird" pada telekung? Biar betul!

Corak "Angry Bird" pada telekung? Biar betul! Apa pun tujuannya, kami pasti bahawa tujuannya baik iaitu menggalakkan anak-anak supaya bersolat! Cuma kami berpendapat kaedah ini tentunya boleh mengelirukan anak-anak dan tidak sesuai langsung!

Selepas membeli telekung, kami ke kedai buku untuk mencari buku latihan dan bahan bacaan tambahan untuk mereka. Keluar dari kedai buku jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Sudah sampai masa untuk makan malam. Kami ambil keputusan untuk makan malam di medan selera, Plaza Angsana. 

Dalam perjalanan pulang kami singgah pula ke Kip Mart Tampoi untuk membeli stok barangan dapur. Anak-anak bila sudah makan malam, ditambah pula penghawa dingin didalam kereta membuatkan mereka mengantuk walaupun jarak perjalanan tidak sampai pun 5km!


Keletihan Melampau..


Jadi sebaik sahaja sampai di Kip Mart, Nurin Amani sudah tidak larat hendak membuka mata. Tiada aktiviti yang memenatkan sangat pun sebenarnya. Cuma sudah sampai waktu tidurnya barangkali...


11 Disember 2012

Disember 11, 2012

Teka Teki Teka Tekuk #3

Antara aktiviti rutin saya dan anak-anak, tentunya sesi teka teki. Rasanya teka teki yang ini antara yang mencabar minda dan susah untuk dijawab.

Kali ini teka teki diolah istimewa oleh Nurin Iman dan adiknya, Nurin Amani.

Nurin Amani: "Kakinya ada 3. Matanya ada 2".
Nurin Amani: "Tangannya ada 4".
Nurin Amani: "Apa jawpannya, Abah?"
Nurin Iman: "Itu pun Abah tak tahu ke?"
Abah: "Apa jawapannya?"
Nurin AmaniJawapannya "Alien" la Abah!



Teka Teki Teka Tekuk - Jawapannya "Alien" la Abah!
Teka Teki Teka Tekuk - Jawapannya "Alien" la Abah!



Abah: "Laa..."

Alien? Pengaruh Ben 10 ni.. haha..


27 September 2012

September 27, 2012

Teka Teki Teka Tekuk #2

Semalam Nurin Iman ada memberi saya satu teka teki. Teka teki tersebut berkaitan dengan Pak Belang atau seekor harimau.


Harimau Maybank - Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?
Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?



Soalnya dengan penuh yakin:

Nurin Iman : "Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?"
Abah: "Err.. Entah! Tak tahu!"
Nurin Iman: "Itu pun Abah tak tahu ke?  Senang aje jawapannya..."
Abah: "Apa jawapannya?"
Nurin Iman: "Maybank!"
Abah: "Laa..."

Tiba-tiba saya teringatkan tentang kisah Pak Belang yang menimbulkan kekeliruan ketika Nurin Iman masih bersekolah tadika. [Link]


28 Jun 2012

Jun 28, 2012

Anak Kami, Anak-anak Euro

Euro 2012 sudah hampir tiba ke kemuncaknya. Walaupun saya tidak berapa meminati sukan bola sepak, setiap kali tiba kejohanan besar seperti ini sedikit sebanyak akan terkena juga wabaknya [Link].  

Namun begitu dalam banyak-banyak kejohanan bola sepak besar tentunya kejohanan bola sepak Euro lebih mendatangkan kesan dalam kehidupan saya. Maklumlah kedua-dua anak perempuan saya, Nurin Iman dan Nurin Amani lahir ketika berlangsungnya kejohanan bola sepak Euro.


\



Nurin Iman lahir [Link] ketika Euro 2004 yang berlangsung di Portugal manakala Nurin Amani pula lahir [Link] ketika Euro 2008 dimana buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Eropah, 2 buah negara diumumkan menjadi tuan rumah bersama kejohanan iaitu Austria dan Switzerland.




Tahun 2012, Kejohanan bola sepak Euro datang lagi. Kali ini Euro 2012 berlangsung di Poland dan Ukraine. Bagi 2 kejohanan edisi lepas telah menghadirkan khabar gembira buat kami sekeluarga. Untuk kejohanan kali ini lain pula ceritanya.






Kedua-duanya sakit serentak dan menunjukkan simpton-simptom yang sama. Mereka berdua dirujuk ke hospital. Nurin Iman yang sudah agak besar mampu bertahan dan hanya menerima rawatan pesakit luar tetapi bagi si adik yang baru sahaja genap 4 tahun terpaksa dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan yang lebih lanjut [Link]

Apa pun kesudahannya dan pasukan mana pun yang bakal jadi pemenangnya, tentunya setiap kali tiba kejohanan bola sepak Euro akan mengingatkan tentang suka duka kami sekeluarga terutamanya hal yang melibatkan kedua-dua anak perempuan kami. 

Anak kami, anak-anak Euro!


24 Jun 2012

Jun 24, 2012

Angkara Rotavirus!

Alhamdulillah, Nurin Amani telah dibenarkan keluar daripada wad [Link] pada hari Jumaat setelah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan.


Labatory Report - Rotavirus Detected!

Sangkaan awal kami tentunya sama sekali meleset. Bermacam-macam spekulasi difikirkan dan semuanya lebih menjurus kepada keracunan makanan. Namun begitu berdasarkan laporan makmal, Nurin Amani sebenarnya dijangkiti rotavirus!


Apa Itu Rotavirus?


Apa itu rotavirus?


Rotavirus adalah sejenis virus perut yang mudah dijangkiti. Hampir semua bayi akan dijangkiti rotavirus sebelum usia 5 tahun.

Kenapa rotavirus begitu serius?


Rotavirus mudah dijangkiti menerusi sentuhan biasa setiap hari. Malah ia boleh menyerang tanpa amaran. Jangkitan rotavirus mungkin disangka sakit perut biasa tetapi boleh melarat sehingga menyebabkan kes muntah-muntah atau cirit-birit melebihi 20 kali sehari. Simptomnya boleh berlarutan sehingga 9 hari.

Antara simptom rotavirus adalah:


  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Demam

Simptom-simptom yang dinayatakan ini boleh mengakibatkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair badan. Bayi atau kanak-kanak yang dijangkit dengan teruk perlu dibawa ke hospital kerana doktor di klinik biasa tidak dapat meramal atau mengesan sama ada bayi atau kanak-kanak tersebut mengalami jangkitan rotavirus sehingga ujian makmal dilakukan ke atas sampel najis dan darah.

Sekadar membersihkan rumah dan kerap mencuci tangan tidak cukup melindungi bayi dan kanak-kanak daripada jangkitan rotavirus. Sabun dan produk pencuci yang lain tidak dapat membunuh virus ini. Ia mudah merebak dan mampu hidup selama beberapa minggu pada barang-barang mainan dan permukaan-permukaan di dalam rumah.

Bagaimana boleh melindungi bayi dan kanak-kanak daripada rotavirus?


Mujurlah kini ada vaksinasi yang dapat mencegah jenis-jenis rotavirus yang paling lazim. Vaksinasi ini diberi secara oral dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Bayi harus diberi dos pertama sebelum berusia 3 bulan.

Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, sentiasalah berwaspada. Perlu sentiasa memerhati serta memantau perkembangan anak-anak. Pastikan aspek kebersihan sentiasa menjadi keutamaan. Jika ada yang tidak kena segeralah berjumpa dengan doktor. Virus ini memang spesifik menyerang kanak-kanak dibawah usia 5 tahun.

18 Jun 2012

Jun 18, 2012

Sempena Sambutan Hari Bapa

Helaian kertas dari buku latihan yang dilukis sempena hari bapa semalam oleh kedua-dua anak perempuan saya membuatkan saya tidak jadi marah!



Selalunya jika kertas dari buku latihan digunakan untuk tujuan contengan, saya memang agak geram. Maklumlah dahulu kedua ibu bapa saya juga begitu! Jika buku latihan semakin menipis sedangkan kerja sekolah belum melepasi bahagian tengah buku, tentu ada aktiviti lain [Link] yang bukan berbentuk akademik telah dilakukan. Maka bersedialah untuk disoal jawab secara intensif!



Tetapi untuk hari yang istemewa ini, perbuatan itu dimaafkan! 



14 Jun 2012

Jun 14, 2012

Nurin Iman - 8 Tahun

Semalam kami meraikan hari ulang tahun Nurin Iman yang ke 8. Kali ini dia benar-benar seronok kerana buat pertama kalinya berpeluang meraikannya bersama rakan-rakan di sekolah!

Maklumlah sejak beliau berusia 5 tahun, sambutan hari jadinya sentiasa terkena ketika musim cuti sekolah!




Seperti yang diduga, kek cokelat [Link] menjadi pilihannya sejak dia berusia 5 tahun!  Tidak mengapalah, asalkan dia gembira dengan pilihannya.

3 hari lagi hari lahir adiknya pula menyusul. Kami pernah cuba untuk menyambutnya serentak tetapi idea tersebut tentunya tidak dapat diterima oleh Nurin Iman kerana dia tidak sanggup menunggu 4 hari lewat untuk meraikan hari jadinya!


18 Mac 2012

Mac 18, 2012

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah

Tidak banyak yang kami lakukan semasa cuti sekolah selain aktiviti biasa melawat tempat menarik disekitar Bandaraya Johor Bahru. Tempat tumpuan semasa musim cuti terutamanya Zoo Johor dan Danga Bay menjadi pilihan untuk dikunjungi. 

Cuti sekolah kali ini lebih meriah kerana disertai abah, emak serta anak saudara dari Seremban. Cuma keadaan cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak membataskan aktiviti yang boleh dilakukan.






Namun begitu, kami cuba memastikan aktiviti anak-anak terisi dengan sesuatu yang positif. Cuti sekolah juga bukanlah masa untuk bersenang-senang kerana guru-guru di sekolah telah siap membekalkan Nurin Iman dengan kerja sekolah!

Lagipun sebaik sahaja cuti berakhir ada peperiksaan (sekolah agama) menanti Nurin Iman. Jadi sambil bercuti, kerja-kerja yang telah diamanahkan kepadanya perlu diselesaikan serta mengulangkaji pelajaran perlu juga dilakukan.



28 Januari 2012

Januari 28, 2012

Kisah Arnab Dan Kura-Kura

Di rumah kami ada 2 buah Komputer Peribadi (PC) untuk kegunaan keluarga. Salah satu daripadanya adalah Komputer Peribadi (PC) lama yang sudah berusia lebih 10 tahun

Kalau dibandingkan dengan yang sebuah lagi, memang prestasinya antara langit dengan bumi. Namun begitu, kalau setakat digunakan untuk bermain games mudah dan melayari internet tidaklah menjadi masalah.



Komputer (PC) Lama - Lambat Macam Kura-kura!


Nurin Iman memang tidak suka menggunakan Komputer Peribadi (PC) yang lama itu. Katanya lambat macam kura-kura! Maklumlah Komputer Peribadi (PC) lama begitulah karekternya. Sebenarnya kalau dia bersabar sedikit, ia masih lagi mampu melaksanakan tugasnya.

Saya pula membalas kata-kata tersebut dengan mengingatkannya tentang kisah arnab dan kura-kura. Walaupun lambat, kura-kura tetap menang sebab sifat bersabar dan konsistennya

Selepas mendengar kata-kata itu, boleh pula dia menghadap Komputer Peribadi (PC) lama tu dan bermain games kegemarannya tanpa banyak soal lagi!


12 Ogos 2011

Ogos 12, 2011

Kerenah Anak-anak Ketika Berpuasa

Sudah 11 hari berpuasa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak terutamanya Nurin Iman berjaya mengadaptasi sepenuhnya ibadah puasa. Tidak banyak kerenah seperti tahun pertama berpuasa dulu. Cuma yang agak ketara ialah badannya agak susut sedikit berbanding sebelum berpuasa tempohari.





Kalau dahulu apabila Nurin Amani melakukan provokasi dengan makan dihadapannya, Nurin Iman akan mengadu pada emaknya serta marah dengan tindakkan adiknya itu.  Kini diperhatikan, Nurin Iman lebih sabar walaupun provokasi tersebut masih lagi dilakukan oleh adiknya.

Apabila tiba waktu berbuka puasa, permintaannya cukup mudah iaitu 2 keping murtabak dari bazar ramadan berdekatan kediaman kami. Walaupun pada hakikatnya dia hanya mampu menghabiskan satu daripadanya  :D 


02 Julai 2011

Julai 02, 2011

Hari Terbuka Sekolah #2

Hari terbuka sekolah telah pun diadakan pada minggu lepas bagi sekolah agama manakala pada hari ini  (Jumaat) untuk sekolah kebangsaan. Seperti kebanyakkan ibu bapa yang lain, di hari tersebut kami diberitahu mengenai prestasi pelajaran, personaliti serta masalah-masalah lain yang dihadapi ketika menjalani proses pembelajaran di sekolah.

Kami agak teruja untuk menghadirinya. Perasaan yang lebih kurang sama seperti pertama kali menghadiri hari terbuka sekolah ketika Nurin Iman bersekolah tadika dahulu. Cuma kali ini perasaan tersebut lebih mendalam (intense). Maklumlah kini Nurin Iman telah berada dalam sistem persekolahan formal.  Dengan pengenalan KSSR di sekolah kebangsaan, semua aspek perlu diberi perhatian serius.

Mendapat maklum balas daripada perspektif  yang berbeza daripada guru-gurunya  tentunya amat membantu dalam kami mengenali sikap dan personaliti sebenar anak kami. Tentunya ada yang positif dan ada juga yang negatif.  Apa pun kami terima dengan hati yang terbuka.  

Kami faham dengan adanya maklum balas daripada guru-guru secara tidak langsung akan membantu kami untuk memantapkan lagi personaliti dan potensi anak kami. Selain itu maklumat yang diperolehi daripada guru-guru juga amat membantu kami dalam merangka rancangan pembelajarannya.
 

Memang diakui, keutamaan kami adalah kecemerlangan dalam pelajaran. Cuma apa yang merisaukan kami adalah bagaimana untuk menentukan sempadan kecemerlangan yang dititikberatkan itu agar tidak menjadi satu beban buat Nurin Iman. 

Perjalanan hidup anak ini masih lagi jauh.. Semoga segala usaha kami dipermudahkan Allah. Amin.


18 Jun 2011

Jun 18, 2011

Nurin Iman - 7 Tahun

Kadang-kadang ada soalan yang susah hendak dijawab walaupun kedengaran sangat mudah terutamanya apabila ianya ditanya oleh anak-anak. Kanak-kanak seusia Nurin Iman tentunya punya banyak soalan serta perkara yang mereka ingin ketahui.




Baru sebentar tadi kami ditanya oleh Nurin Iman berkenaan hari lahirnya. Katanya dia keliru dengan hari lahirnya. Katanya lagi, tahun lepas hari jadinya jatuh pada hari Ahad tetapi tahun ini ia jatuh pada hari Isnin.  

Persoalan tersebut menganggunya sejak beberapa jam yang lepas. Mungkin pada pemikirannya sepatutnya hari dan haribulan adalah statik dan tidak perlu berubah.

Walaupun soalannya mudah, ternyata ia agak sukar juga untuk kami menerangkan padanya. Bila kami katakan padanya untuk mengetahui hari kita perlukan tarikh dan kemudiannya perlu merujuk kepada kalender, jadi lebih peninglah kepalanya.

Nampaknya minggu ini kami akan sedaya upaya menerangkan padanya fungsi serta kegunaan kalender!


13 Jun 2011

Jun 13, 2011

Esok Hari Penting

Memandangkan esok sekolah akan dibuka semula selepas dua minggu bercuti, segalanya perlu dipastikan untuk kembali seperti biasa.  

Kemudian baru teringat yang Nurin Iman telah kehilangan buku teks Bahasa Inggerisnya.  Telah pun diadukan pada gurunya sebelum cuti sekolah bermula tempohari dan dinasihatkan untuk menggantikannya.





Diberitahu oleh guru tersebut bahawa buku teks tersebut boleh didapati di Badan Bookstore dan MPH.

Kalau murid darjah satu tentu ada sahaja yang hilang.  Kehilangan pensel setiap minggu itu perkara biasa..
 
Kami ke Plaza Angsana untuk ke kedai buku tersebut. Mujur buku tersebut masih lagi ada dijual.  Terus membeli buku teks tersebut serta beberapa buku latihan yang lain.  Sambil itu terus berpesan pada Nurin Iman untuk menjaganya agar tidak hilang lagi.

Selain daripada itu, esok juga merupakan hari lahir Nurin Iman. Maka genaplah usianya 7 tahun esok. Sudah terlanjur berada di Plaza Angsana, kami terus ke Golden Oven untuk mendapatkan kek yang dihajatinya. 

Oleh kerana Azza masih belum sihat sepenuhnya, kami mahu menyelesaikan semua urusan dibawah satu bumbung.  Memandangkan kami baru sampai dari Seremban semalamnya, memang tiada apa lagi yang tinggal didalam peti sejuk. Semuanya telah pun dikosongkan sebaik sahaja mahu balik ke Seremban tempohari.

Segera ke Pasaraya UO  untuk membeli barangan keperluan dapur. Memang jarang berbelanja di sini kerana selalunya kami ke Giant atau Tesco berhampiran rumah. 

Senang hati bila semua keperluan dapur serta peralatan persekolahan telah dilengkapkan semuanya. Memandangkan esok adalah hari penting buat Nurin Iman tentunya beliau tidak sabar untuk ke sekolah dan menyambut hari lahirnya.



16 Mei 2011

Mei 16, 2011

Terima Kasih Cikgu..

Sejak dari hari Jumaat yang lepas Nurin Iman sibuk dengan rancangan ingin membuat kad ucapan Selamat Hari Guru. Katanya dia ingin membuat sebanyak 10 buah kad untuk semua cikgu yang mengajarnya termasuk cikgu tadikanya.  

Mujur juga segala bahan-bahan yang diperlukan memang sudah ada. Jadi bertambah mudahlah untuk dia memulakan projek ini.

Akhirnya pada petang Ahad, Nurin Iman memulakan projek membuat kad ucapan tersebut. Untuk projek ini, Azza tentunya membantunya untuk memotong kad-kad tersebut mengikut saiz yang sesuai manakala Nurin Iman menulisnya.

Oleh kerana ini adalah projek yang diilhamkan oleh Nurin Iman, kami tentunya menggalakkan beliau menyiapkan projek tersebut.  Memang sukar juga untuk beliau menyiapkan kesemua 10 kad seperti yang dikehendaki.  Namun begitu, itu adalah sasaran yang beliau sendiri telah tetapkan, jadi mahu atau tidak dia mesti menyiapaknnya dengan apa cara sekalipun :)




Oleh kerana kad yang ditulis oleh Nurin Iman itu agak banyak, kualiti buatannya tentu mengikut mood serta turutan. Bagi kad yang mula-mula dibuat, tentunya ia agak cantik tetapi untuk beberapa kad yang terakhir hasil kerjanya asal boleh sahaja!  Apa pun itu adalah hasil kerjanya sendiri.. Yang penting bukan kad yang cantik tetapi usaha serta keikhlasan itulah yang lebih penting.
 
Kemudian teringat pula pada zaman bersekolah dahulu. Sekitar tahun 80an dahulu, budaya memberi kad memang masih belum popular.  Jadi apa yang mampu diberikan untuk dijadikan hadiah untuk hari guru biasanya terdiri daripada barang-barang kegunaan harian. Antara hadiah yang pernah diberikan kepada cikgu adalah sabun mandi!  Jadi bila perkara itu diceritakan kepada Nurin Iman tentunya dia tidak percaya!

Bagi anak-anak, apa yang penting untuk diberitahu serta mereka fahami adalah konsep menghargai dan menghormati. Keikhlasan pemberian daripada anak murid kepada cikgunya sebagai tanda pengiktirafan dalam mengenang jasa insan yang bergelar pendidik.

Terima kasih cikgu.


05 Mei 2011

Mei 05, 2011

Cerita Gigi Susu

Sudah beberapa hari dua batang gigi yang bergoyang itu sepatutnya tertanggal. Tetapi entah macam mana hanya satu yang tertanggal.




Menurut Azza, gigi itu terjatuh ketika Nurin Iman sedang makan roti petang semalam.

Gigi yang satu lagi itu masih tidak mahu tertanggal walaupun pelbagai cara dan insentif diberikan. Antara insentif yang ditawarkan ialah jika gigi itu dapat ditanggalkan, kami akan membelikannya sebekas aiskrim yang besar!

Walaupun gigi  yang satu itu belum lagi mahu tertanggal, aiskrim tetap dibelikan. Cuma saiznya bukan yang besar seperti yang dijanjikan. Sebaik sahaja Nurin Iman mahu menghabiskan asikrim tersebut, gigi  itu tertanggal dengan sendirinya. Alahai senangnya....

Jangan bimbang Nurin Iman, anak Ku. Gigi yang tertanggal itu hanyalah gigi susu. Ia akan tumbuh semula :)


20 Februari 2011

Februari 20, 2011

Cuti Hujung Minggu - Membuat Penyesuaian Baru

Sejak Nurin Iman mula bersekolah, memang perkara yang telah diubah terutamanya perkara yang berkaitan dengan aktiviti hujung minggu kami.

Kalau dahulu setiap kali hujung minggu kami mudah untuk pergi kemana-mana tetapi  sekarang, apabila hampir tiba hujung minggu terpaksa melihat semula jadual serta memo daripada pihak sekolah samada terdapat aktiviti kokurikulum di sekolah ataupun persekolahan ganti sebelum memutuskan untuk pergi ke mana-mana.





Kami tidak menggunakan perkhidmatan bas sekolah. Jadi, urusan untuk pergi dan balik sekolah diuruskan semuanya oleh emaknya. Tugas yang nampak remeh tetapi amat memenatkan. Mujur juga sebagai suri rumah sepenuh masa beliau cepat menyesuaikan diri dengan jadual yang agak ketat ini.  


04 Januari 2011

Januari 04, 2011

Hari Pertama ke Sekolah

Semalam, hari pertama Nurin Iman secara rasminya ke sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Beliau bangun seawal jam 6 pagi dengan penuh bersemangat. Tak sabar nak ke sekolah katanya. Melihat anak yang bersemangat untuk ke sekolah tentunya membakar semangat kami untuk menghantar dan menemaninya ke sekolah. 

Maklumlah banyak perkara yang kami risaukan dan yang pastinya kami tidak mahu terlepas peluang melihat dia di hari pertama persekolahannya. Harapan kami semoga dia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru serta rakan-rakan yang baru.



Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!
Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!



Memang diakui apabila Nurin Iman memasuki alam persekolahan sebenar, aktiviti persekolahannya memang cukup padat. Sesi persekolahan untuk sekolah kebangsaan bermula pada 7:20 pagi sehingga 1:20 tegahari manakala sesi persekolahan untuk sekolah agama pula bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. 

Pulang sahaja dari sekolah kebangsaan, beliau hanya mempunyai lebih kurang 1/2 jam untuk bersiap dan pergi ke sekolah agama manakala sebaik pulang dari sekolah agama terus ke kelas mengaji.