BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

17 Julai 2010

Durian

Selepas membantu menolak kereta yang tersangkut dihadapan rumah, Kami ke belakang rumah. Menurut Arshad (Adik), sejak dua tiga hari ini memang banyak buah durian yang luruh. Setiap hari pasti ada.

Kalau begitu, aktiviti malam itu pastiya mencari durian. Kami terus ke belakang rumah dan menuju ke pokok durian yang sedang lebat berbuah itu.


Adik terus pegi ke bawah pokok dan menyuluh disekitarnya. Itu dia.. 3 biji durian yang baru luruh! Memang rezeki kami. Didalam gelap itu sempat juga mengambil gambar!


Pokok durian ini Abah yang menanamnya. Dahulu bila pulang dari sekolah Aku yang menyiram dan membajanya. Aku berjaya mengelakkan diri daripada ditugaskan menjaga pokok buah-buahan setelah diterima masuk ke sekolah berasrama :D Sekarang sudah 22 tahun usia pokok durian ini.


Sebenarnya Abah menanam 4 batang pokok durian kesemuanya tetapi setelah lebih 15 tahun 2 daripadanya mati dan terpaksa disulam semula. Yang satu hasilnya tidak berapa menjadi dan yang satu ini memang lebat buahnya manakala yang lain masih belum berbuah. Cukuplah untuk kami adik beradik merasa.


Semasa di Bandar Muar, Nurin Iman dan Nurin Amani bergambar di hadapan durian gergasi yang ada di Tanjung Emas. Nampaknya malam ini mereka makan durian yang "real" :D





Baca blog ini melalui email :D Feed blog ini akan dikemaskini setiap hari (Jika terdapat entry terkini) sekitar jam 1:00 - 3:00 a.m. Sila masukkan email anda untuk melanggan:


Delivered by FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan