BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 Julai 2010

Muar - Siri 1

Akhirnya Kami sampai juga di Muar, setelah bertahun-tahun tidak ke sana! (Seingat Aku kali terakhir ke sana ialah pada tahun 1999!)  Bermakna sudah lebih 11 tahun tidak menjejakkan kaki di Muar! Azza lagilah.. beliau memang langsung tidak pernah ke sana!

Kami ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan yang sama-sama menuntut di universiti. Majlis diadakan di tengah-tengah bandar Muar iaitu di Dewan Jubli Intan berhadapan dengan Wetex Parade. 

Memang sudah lama benar tidak melalui dan singgah di Muar. Terasa banyak perubahan yang telah dan sedang berlaku.




Kami sampai di sana sekitar jam 1:00 tengahari. Mujur juga ada alat GPS yang membantu. Kalau tidak tentu Kami tiba lebih lewat! Pengantin sudah pun bersanding dan majlis menepung tawar sudah hampir ke penamat. Kedua mempelai sedang bersedia untuk makan berdamai.

Sebaik tiba, Kami mulakan dahulu perkara pertama iaitu menjamu selera. Memang sampai pun sudah tengahari, jadi sesuai sangatlah untuk makan tengahari. Anak-anak, kalau perut mereka sudah diisi akan kurang ragamnya :D

Setelah selesai dan pengantin pun sudah selesai makan berdamai, baharulah kami mengambil giliran untuk berjumpa pengantin.





Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada kedua mempelai. Akhirnya mereka disatukan. Permulaan kepada perkara yang lebih hebat baharu sahaja bermula! Buat "Yuhany", tahniah sekali lagi diucapkan dari Kami sekeluarga. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan