BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan

14 Februari 2011

Februari 14, 2011

Menerima Ahli Keluarga Yang Baharu..

Pada hari Sabtu dan Ahad kami sekeluarga ke rumah "Pakcik" di Simpang Renggam kerana menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya.

Memang tidak dinafikan menghadiri majlis perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokan kerana di majlis seperti ini kita tentunya dapat berjumpa dengan sanak saudara yang dekat dan yang jauh. Lebih-lebih lagi buat ahli keluarga yang sudah "senior" tentunya mereka lebih seronok!




Bila sudah anak-anak sudah dewasa dan bertemu jodoh tentunya perkahwinan akan berlaku. Menerima ahli keluarga yang baharu juga merupakan satu cabaran serta memerlukan mereka yang terlibat membuat penyesuaian. 

Buat "Pakcik" dan menantu tentunya ada penyesuaian yang perlu dilakukan.  Kami mengenali "Pakcik" sebagai seorang guru serta seorang amat tegas, berdisplin dan yang terpenting ialah semua ahli keluarga beliau tidak merokok. Manakala si menantu pula merupakan perokok tegar!  

Pandai-pandailah si menantu menjaga hati bapa mertuanya dan kalau mahu merokok tu janganlah secara terang-terangan!  Kalau boleh berhenti tentunya adalah lebih baik.  Takut pak mertua makan hati nanti..


20 Disember 2010

Disember 20, 2010

Nasib Bunga Manggar...

Seperti yang dirancang kami ke rumah pengantin lelaki yang terletak di Taman Tunku Jaafar dan seterusnya mengiringi mereka ke rumah pengantin perempuan di Lenggeng. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui Jalan Kampung Pantai.

Memang inilah kali pertama kami melalui jalan ini. Antara jalan yang dianggap menarik kerana keadaan jalannya yang banyak selekoh dan suasana kehijauan disepanjang perjalanan.  Jalan yang kami lalui itu juga merupakan laluan yang sama menuju ke Hutan Lipur Lenggeng.  Nampaknya kami telah jumpa satu tempat yang menarik untuk dilawati pada masa akan datang secara tidak sengaja. :)






Kami selamat tiba ke destinasi tepat pada waktunya. Hujan mulai turun tetapi tidaklah terlalu lebat seolah-olah menunggu pengantin selamat tiba betul-betul di rumah pengantin perempuan.

Sebaik sahaja pengantin lelaki masuk ke rumah untuk bersanding, baharulah hujan turun dengan agak lebat.  Seperti majlis perkahwinan yang lain majlis ini agak sederhana tetapi meriah bertemakan warna ungu dan putih.






Bila ada majlis perkahawinan antara yang paling gembira tentunya kanak-kanak. Tetapi apa yang diperhatikan tahap kemeriahan kanak-kanak dahulu dan sekarang bila berada di majlis pekahwinan amat berbeza sama sekali.

Kalau Dahulu..



Kalau dahulu sebaik sahaja selesai kompang dipalu, kanak-kanak akan berebut-rebut mengambil bunga manggar seoalah-olah ia adalah aktiviti wajib. Yang paling mendapat paling banyak bunga manggar tentunya menjadi perhatian.




Reliti Kini..



Kini aktiviti terebut sudah hampir pupus! Rasanya hingga selesai majlis tersebut pun belum tentu ada kanak-kanak yang mengambil bunga manggar! Mungkin kecenderungan kanak-kanak sudah berubah sekarang atau zaman yang telah mengubah mereka?




Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada kedua mempelai ini kerana telah sah menjadi suami isteri. Selepas ini tentunya kehidupan akan menjadi lebih fokus berbeza ketika zaman bujang dahulu.


19 Julai 2010

Julai 19, 2010

Telur Pindang

Kalau berkunjung ke majlis perkahwinan di negeri Johor, jangan terkejut sekiranya anda menerima telur ayam yang bewarna gelap ini. Ini ialah "Telur Pindang"! Ia juga merupakan antara kelainan makanan didalam majlis perkahwinan di Johor.

Sayangnya sekarang tidak ramai yang mengamalkan tradisi ini sekarang, sebaliknya mereka menggantikannya dengan gula-gula serta makanan ringan. Mungkin kerana untuk membuatnya memakan masa yang panjang menyebabkan ia dipinggirkan.



Gambar kredit - Wiki



Bila menghadiri majlis perkahwinan di sekitar Johor, kadang-kadang terdetik difikiran sama ada pihak tuan rumah ini akan memberi "Telur Pindang" ketika sedang makan atau meninggalkan majlis nanti.

Tetapi peluang untuk mendapat "Telur Pindang" ini biasanya lebih cerah jika dapat menyertai acara menepung tawar kerana selesai acara kita akan mendapat cenderahati berupa bunga telur.. dan biasanya bunga telur di Johor diisikan dengan "Telur Pindang". :D





Menurut artikel Wiki - http://ms.wikipedia.org/wiki/Telur_pindang

Telur pidang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamaan di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.

Telur pidang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.

Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai.

Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.


Teringat semasa kecil dahulu, ketika balik daripada majlis perkahwinan. Sebaik sahaja sampai ke rumah terus membuka bungkusan cenderahati yang diterima oleh emak. Seronok bukan kepalang bila emak mengatakan didalamnya terdapat telur. Segera mencarinya tetapi tidak jadi hendak memakannya kerana warna gelap serta menyangkakannya ia telah busuk! Nasib baik juga tidak membuangnya ke tong sampah! Mujur emak menerangkan yang ia adalah "Telur Pindang" yang istimewa dan sangat susah untuk membuatnya.

Perkara yang sama juga sering berlaku kepada orang yang bukan berasal dari Johor kerana menyangka yang telur itu sudah rosak dan tidak boleh dimakan!  Janganlah dibuang.. kalau tidak tentu terlepas peluang untuk menikmati keenakannya.


08 Julai 2010

Julai 08, 2010

Muar - Siri 1

Akhirnya Kami sampai juga di Muar, setelah bertahun-tahun tidak ke sana! (Seingat Aku kali terakhir ke sana ialah pada tahun 1999!)  Bermakna sudah lebih 11 tahun tidak menjejakkan kaki di Muar! Azza lagilah.. beliau memang langsung tidak pernah ke sana!

Kami ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan yang sama-sama menuntut di universiti. Majlis diadakan di tengah-tengah bandar Muar iaitu di Dewan Jubli Intan berhadapan dengan Wetex Parade. 

Memang sudah lama benar tidak melalui dan singgah di Muar. Terasa banyak perubahan yang telah dan sedang berlaku.




Kami sampai di sana sekitar jam 1:00 tengahari. Mujur juga ada alat GPS yang membantu. Kalau tidak tentu Kami tiba lebih lewat! Pengantin sudah pun bersanding dan majlis menepung tawar sudah hampir ke penamat. Kedua mempelai sedang bersedia untuk makan berdamai.

Sebaik tiba, Kami mulakan dahulu perkara pertama iaitu menjamu selera. Memang sampai pun sudah tengahari, jadi sesuai sangatlah untuk makan tengahari. Anak-anak, kalau perut mereka sudah diisi akan kurang ragamnya :D

Setelah selesai dan pengantin pun sudah selesai makan berdamai, baharulah kami mengambil giliran untuk berjumpa pengantin.





Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada kedua mempelai. Akhirnya mereka disatukan. Permulaan kepada perkara yang lebih hebat baharu sahaja bermula! Buat "Yuhany", tahniah sekali lagi diucapkan dari Kami sekeluarga. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

03 Jun 2008

Jun 03, 2008

Majlis Perkahwinan Mazlan

Tahniah!
Tahniah!

Kami sekeluarga ke Majlis Perkahwinan Mazlan pada hari Ahad yang lepas. Sampai di sana lebih kurang pukul 1:45 petang. Mujur hari tue cuaca tak berapa panas. Tetamu pun berada dalam keadaan selesa dan majlis berjalan dengan amat lancar, walaupun pengantin agak lewat sedikit untuk di arak dan di kompang. Apa-apa pun Alhamdulillah.. kerana sepanjang berada di sana cuaca amat baik.


Nurin Iman


Nampaknya Nurin pun sangat seronok sepanjang berada di sana walaupun Aku tak berapa kisahkan dia. Maklumlah Aku sibuk berbual dengan kawan-kawan lama yang kebetulan hadir ke majlis itu. Masa majlis macam ni la nak ambil peluang bertanya khabar berita sebab kalau nak berjumpa memang takkan ada kesempatan. Kebanyakkan dari mereka yang hadir dan yang Aku kenal tue adalah bekas rakan sekerja dan rakan satu company tetapi branch lain.


Selamat Pengantin baru buat Mazlan & Wife
Selamat Pengantin baru buat Mazlan & Wife


Mazlan nih memang satu department dengan Aku. Sekarang nih lengkaplah semua Ahli IT Department.. dah kahwin! Welcome to the Club & Selamat membina perut :) hahaha... Selamat Pengantin baru buat Mazlan & Wife, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



Bunga Manggar
Bunga Manggar

Dah jadi acara wajib kalau ke Majlis perkahwinan.. Nurin mesti nak ambil bunga manggar!


19 Mei 2008

Mei 19, 2008

Segamat Trip - Part 1

Hari Ahad yang lepas kami sekeluarga telah ke Felda Pemanis 2, Segamat (Rumah Mak Uda) kerana menghadiri Majlis Perkahwinan anaknya. Bertolak dari Kluang lebih kurang pukul 10:00 pagi dan tiba di sana lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Perjalanan ke Segamat memang agak panjang kerana menggunakkan jalan lama. Err mana ada highway nak ke Segamat dari Kluang :) Ini adalah pertama kali kami sekeluarga ke sana sejak berkahwin.

Muka orang baru bangun tidur!

Cuaca kat sana memang amat panas.. Tapi kat sana macam-macam warna air ada :) This is the best part la! Siap ada gerai air kat situ. Rasa macam ada kat pasar malam la pulak. Hahaha..memang best. Banyak-banyak majlis yang kami dah pegi.. yang ini ada kelainannya.


Air, macm-macam kaler ada..

Selalu masa majlis perkahwianan macam nihh.. dapat minum air sirap aje..



Nurin dah mula nak panas.


Airel & Atuk


Cakkkkkkkkkk!


Semasa menunggu pengantin lelaki tiba, sedikit perbincangan telah berlangsung mengenai aktiviti selepas majlis ini nanti.. Memandangkan cuaca amat panas Cik Ayem & Cik Amin telah mencadangkan supaya dalam perjalanan balik nanti, kita boleh singgah di Bekok, Hutan Lipur Sungai Batang. Memang dah lama tak buat outing bersama keluarga.. sementara ada masa nih bolehlah join sama.. Lagipun esaok masih lagi cuti hari Wesak! Nurin tentu seronok pegi mandi manda bersama sepupu dan pakcik & makciknya..

Untuk kedua pengantin ini "Selamat Pengantin Baru!" Semoga kekal sehingga akhir hayat. Selepas ini Hutan Lipur Sungai Batang!

30 Mac 2008

Mac 30, 2008

Selamat Pengantin Baru Buat Fazed (John) & Suhana

Pada 29/03/2008 kami telah pergi ke majlis perkahwinan "opismate" di Kg Stulang Baru. Masa tue Aku sebenarnya baru jer habis MC. Sejak seminggu yang lepas dok di rumah jer kerana sakit lutut. Sampai di sana agak awal juga. Sempatlah berjumpa dengan Shahrul Faisal & Family.

Ketika sedang menikmati hidangan hujan pun turun dengan agak lebat. Tapi berhenti selepas seketika. Selepas itu barulah Safina & Family, Akmal, Kak Anis tiba. Kemudian Md Shah berserta anak-anak & anak buah pun sampai diikuti oleh Syikin & family dan Zul & Family.



Nurin Iman - Nak tunggu pengantin datang!!
Nurin Iman - Nak tunggu pengantin datang!!



Nurin Iman Dan Bekas Telur Pindang
Nurin Iman Dan Bekas Telur Pindang




Dah lama sebenarnya tak jumpa "Telur Pindang" ketika majlis perkahwinan di Johor nih. Last jumpa ketika anak Pakcik di Wangsa Maju kahwin! Itu pun di KL. Susah sebenarnya nak buat telur pindang nih. Rumit prosesnya..


Pengantin... Fazed (john) & Suhana
Pengantin... Fazed (john) & Suhana



Di majlis tersebut tuan rumah nampaknya masih lagi mengikut adat tradisi Johor. Pengantin lelaki masih kena tol! Baru lah Johor macam nih. Tahniah di ucapkan pada tuan rumah!!. dan kepada pasangan pengantin " Selamat Pengantin Baru"!