Kebanyakkan premis perniagaan sudahpun memutarkan lagu-lagu bertemakan Hari Raya. Adakah terlalu awal untuk "mood" hari raya? Dari sudut komersial tentunya tidak. Apa sahaja perkara yang melibatkan perayaan akan dieksploitasi secara maksimum.
Walau bagaimanapun tidaklah keterlaluan dikatakan semasa berpuasa ini perlahan-lahan mood hari raya ini akan datang. Bila ingin meningkatkan "mood" Hari Raya, kenalah dengar lagu-lagu yang bertemakan Hari Raya.
Lagu Hari Raya Klasik vs Lagu Hari Raya Baharu?
Sudah pastinya Aku lebih gemarkan yang lama berbanding lagu terkini. Rasanya lagu-lagu lama lebih berjiwa hari raya berbanding dengan lagu-lagu yang baharu.
Koleksi Lagu Hari Raya Yang Wajib Ada?
Antara lagu-lagu kegemaran dan klasik sepanjang zaman tentunya lagu-lagu hari raya daripada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Saloma dan Sudirman.
Tidak lupa juga lagu M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya yang sentiasa termasuk didalam senarai "playlist" untuk meningkatkan "mood" Hari Raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan