BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Ogos 2010

Projek Corn Flakes Madu

Sudah menjadi tradisi keluarga, tiap-tiap tahun Azza akan membuat kuih raya. Kuih-kuih yang mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkannya menjadi pilihan. Tahun ini seperti tahun -tahun yang sebelumnya "Corn Flakes Madu" menjadi kuih pertama yang berjaya disiapkan.


Tentunya anak-anaklah yang paling seronok apabila tiap kali Azza membuat kuih raya. Cuma tahun ini anggota terbaharu didalam keluarga sudah pandai menolong.  Tahun lepas Nurin Amani masih belum tahu apa-apa. Tahun ini dia menolong mengawatkan suasana!


Pada mulanya dia tidak mahu langsung merasa kuih tersebut disebabkan warnanya yang agak gelap. Hitam katanya.

Tetapi setelah dia merasa kesedapan kuih tersebut, memanjang asyik meminta dari Azza untuk memakanya.  Dia umpama tukang rasa untuk projek membuat kuih raya untuk tahun ini menggantikan kakanya.



Kalau yang memakan lebih laju dari yang membuat, tentunya proses untuk memperbanyakan kuantiti kuih yang dibuat akan mengalami sedikit gangguan teknikal.




Walau bagaimanapun itulah cabaran sebenar membuah kuih di rumah. Memang meriah dengan kerenah anak-anak. Pengalaman ini tentunya amat berharga buat anak-anak terutamanya Nurin Amani yang pertama kali melihat emaknya membuat kuih raya.








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan