BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Persiapan Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persiapan Hari Raya. Papar semua catatan

12 Ogos 2012

Ogos 12, 2012

Persiapan Hari Raya 2012 #1

Nampaknya tahun ini persiapan untuk menyambut Hari Raya bermula agak perlahan. Insyallah semuanya bakal dibereskan pada minggu hadapan. Amin.

Memang diakui, segala persiapan dimulakan dengan agak perlahan sedikit tahun ini. Maklumlah, banyak perkara penting yang terpaksa didahulukan seperti memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan. Ditambah lagi dengan sedikit hal kecemasan tempohari [Link]. Memang belanjawan agak ketat sedikit untuk membuat persiapan Hari Raya tahun ini.

26 Ogos 2011

Ogos 26, 2011

Persiapan Hari Raya 2011 #3

Alhamdulillah.. Telah pun diselesaikan urusan ini sebaik sahaja solat Jumaat tadi. Memang merancang untuk menyelesaikan urusan ini sebelum berangkat pulang ke kampung. 


Sebaik-baiknya urusan ini diselesaikan ditempat kita mencari rezeki dan bermastautin..

22 Ogos 2011

Ogos 22, 2011

Persiapan Hari Raya 2011 #2

Semangat untuk berblog ketika Ramadan ini memang berada diparas terendah. Maklumlah keletihan disiang hari masih lagi terbawa-bawa sehingga ke sebelah malam dan seterusnya mengakibatkan kehilangan mood untuk mengemaskini blog.  

Sambil memikirkan tentang apa yang hendak dikemaskini, rasanya ada beberapa entry lama yang difikirkan masih relevan dengan Ramadan dan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi. Antaranya :

  1. Checklist Hari Raya 1 (2010)
  2. Checklist Hari Raya 2 (2010)
  3. Koleksi Lagu Hari Raya Yang Wajib Ada (2010)
  4. Projek Corn Flakes Madu (2010)
  5. Nuffnang Beri Duit Raya (2010)
  6. Hari Pertama Syawal (2010)
  7. Hari Kedua Syawal (2010)
  8. Hari Ketiga Syawal (2010)
  9. Hari Keempat Syawal (2010)
  10. Hari Kelima Syawal (2010)
  11. Persiapan Raya - Part 1 (2009) 
  12. Persiapan Raya - Part 2 (2009)
  13. Syawal 09 - Part 1 (2009)
  14. Syawal 09 - Part 2 (2009)
  15. Syawal 09 - Part 3 (2009)
  16. 10 Years Old Satria (2008)
  17. Raya 2007 (2007)
  18. Raya 2006 (2006)

Kadang kala untuk menjana idea untuk penulisan yang bagus perlukan inspirasi serta rujukan daripada penulisan terdahulu serta sumber yang lain.  Jadi sesekali menjenguk apa yang ada didalam arkib blog sendiri memang amat membantu :D



21 Ogos 2011

Ogos 21, 2011

Persiapan Hari Raya 2011 #1

Nampaknya pusat membeli belah disekitar Johor Bahru sudah mula dibanjiri oleh pengunjung yang tentunya ingin melengkapkan Persiapan Hari Raya Aidifitri yang bakal tiba. Seperti keluarga lain, Kami juga tidak ketinggalan berkunjung ke beberpa buah pusat membeli belah untuk melihat-lihat apa yang menarik.

Alhamdullilah bulan ini gaji telah dimasukkan awal ke dalam akaun. Jadi mood untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri juga sudah boleh diaktifkan sepenuhnya. 
Cuma perlu sedikit berhati-hati agar tidak terlebih bebelanja. Maklumlah hari raya disambut pada hujung bulan ini, jika sudah berhabis-habisan berbelanja takut nanti terputus wang diawal-awal Syawal sedangkan bulan itu masih panjang lagi untuk ditempohi. Jadi memang amat wajar dalam merancang perbelanjaan menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri agar tidak ditimpa masalah nanti.
Berdasarkan pemerhatian, Kami dapati tahun ini kegiatan menjual kuih raya seperti tidak semeriah seperti tahun-tahun yang lepas. Berkemungkinan ia disebabkan oleh isu mentega yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini menyebabkan penjual enggan mengambil risiko.

31 Ogos 2010

Ogos 31, 2010

Projek Corn Flakes Madu

Sudah menjadi tradisi keluarga, tiap-tiap tahun Azza akan membuat kuih raya. Kuih-kuih yang mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkannya menjadi pilihan. Tahun ini seperti tahun -tahun yang sebelumnya "Corn Flakes Madu" menjadi kuih pertama yang berjaya disiapkan.


Tentunya anak-anaklah yang paling seronok apabila tiap kali Azza membuat kuih raya. Cuma tahun ini anggota terbaharu didalam keluarga sudah pandai menolong.  Tahun lepas Nurin Amani masih belum tahu apa-apa. Tahun ini dia menolong mengawatkan suasana!


Pada mulanya dia tidak mahu langsung merasa kuih tersebut disebabkan warnanya yang agak gelap. Hitam katanya.

Tetapi setelah dia merasa kesedapan kuih tersebut, memanjang asyik meminta dari Azza untuk memakanya.  Dia umpama tukang rasa untuk projek membuat kuih raya untuk tahun ini menggantikan kakanya.