BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

18 September 2010

Eh! Itu Angah la.. Raja Lawak!

2 hari yang lepas kami ke 7-Eleven untuk membeli roti. Kebetulan sebaik sahaja kami sampai, kelibat wajah seseorang yang macam biasa kami lihat pun tiba bersama anaknya.  

Tetapi dimana ya..? Tiba-tiba Azza memberitahu, Eh! Itu Angah la.. Raja Lawak! Lagipun memang tidak sangka untuk berjumpa dengan seseorang yang kita nampak di TV di kedai biasa.



Sebaik sahaja beliau masuk ke 7-Eleven, pekerja-pekerja disitu terus mengambil peluang untuk bergambar dengannya. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar tetapi menunggu sehingga beliau menyelesaikan urusan dan keluar dari premis kedai.

Sempat juga berbual-bual ringkas dengannya. Rupa-rupanya orang Skudai! Kira balik ke kampung la ni.. sempena Hari Raya. Orangnya mudah untuk didekati dan mesra. Selamat maju jaya dalam kerjaya :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan