BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 September 2010

Hari Pertama Syawal

Hari pertama Syawal..

Sebaik sahaja balik daripada Bersembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri, hujan turun dengan lebatnya. Namun begitu ia tidaklah terlalu lama, reda lebih kurang setengah jam selepas itu.  Umpama hujan rahmat di pagi Syawal. Bagus juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bahang panas sejak beberapa hari yang lepas.

Terus balik ke rumah untuk makan besar (makan bersama seluruh ahli keluarga) dan kemudiannya memulakan sesi bermaaf-maafan bersama keluarga. Aktivi selingannya ialah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu bagi anak-anak iaitu sesi mendapat duit raya. Nampaknya adik-beradik yang telah bekerja mendapat rezeki yang lebih tahun ini. Alhamdulillah, rezeki buat anak-anak buah :)

Sebaik sahaja acara keluarga selesai, kami meneruskan perjalanan untuk puang ke kampung Nyaie. (Nyaie ialah Nenek dalam bahasa Jawa). Oleh kerana Abah masih lagi mempunyai emak, sudah menjadi tradisi kami sekeluarga untuk bermalam dan memulakan program berziarah dari kampung Nyaie. 

Tetapi sebelum sampai ke Kampung Nyaie, kami singgah sebentar di Bandar Kluang untuk menziarahi  salah seorang adik kami.  Oleh kerana kami tiba di sana ketika hampir tengahari, kami mengambil keputusan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat di kawasan tersebut.

Kami tiba di kampung Nyaie sekitar jam 2:30 petang. Alhamdulillah perjalanan agak lancar. Cuma ketika tiba di pekan Air Hitam, memang terdapat sedikit kesesakan di situ. Perkara biasa setiap terdapatnya cuti umum serta perayaan di Pekan tersebut!

Abah dan Arwah Emak berasal dari kampung yang sama. Setiap kali pulang ke kampung, kami wajib pergi  ke kedua-duanya dan ada kalanya bermalam bergilir di rumah Nyaie dan Atuk.  Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, Nenek di sebelah Abah kami panggil Nyaie manakala Nenek di sebelah Arwah Emak, kami panggil Atuk!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan