Bila penyakit "M" sudah melanda nak buat apa pun seolah-olah tiada "mood". Sebenarnya tidaklah sesibuk mana cuma sejak dua tiga hari yang lepas lebih menumpukan terhadap proses mengemaskini blog ini.
Banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi blog ini. Namun perkara yang terpenting yang perlu dibuat segera antaranya ialah :
- Memeriksa jika terdapat "Crawler Error", maklumlah sejak menukar domain baharu ni mungkin ada artikel-artikel lama yang masih ditujukan ke url lama. Terdapat 25 errors kesemuanya. Terpaksalah submit satu persatu untuk dibuang dari senarai.
- Kemudian ke bahagian Link Exchange dan memeriksa satu persatu senarai URL. Yang mana telah tidak aktif dan sudah "make private" blog mereka terpaksalah dibuang dari senarai. Sambil memeriksa, sambil ber "Blog Walking".
- Alhamdulillah proses mengintegrasi blog ini dengan aplikasi Facebook telah berjaya dilakukan. Pemasangan Widget "Like", Facebook Recomendation, serta Fan Page telah pun dibuat dengan jayanya. Lepas ini lebih mudah bagi pembaca memberikan reaksi melalui widget "Like" yang telah diintegrasikan pada setiap artikel. Kalau tidak mahu memberikan komen, cukup sekadar meninggalkan reaksi menggunakan "Like".
Nampaknya masih terdapat beberapa perkara yang hendak dilakukan pada blog untuk memaksimumkan potensinya. Kepada semua yang menyokong, berbanyak-banyak terima kasih diucapkan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan