Apabila pihak Proton mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan model baharu pada suku ke 4 2010, ramai yang tertunggu-tunggu serta tertanya-tanya bagaimanakah rupa, spesifikasi, keupayaan enjin dan harganya.
Proton sememangnya sudah memberitahu dari awal lagi bahawa model terbaharu ini adalah berdasarkan model dari Mitsubishi yang telah sedia ada dipasaran. Perubahan yang dilakukan bagi model terbaharu juga amat minimum lantas menimbulkan tanda tanya, apa sudah jadi dengan R&D Proton?
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Proton, dilakukan juga oleh syarikat lain didalam industri automotif. Perkara ini juga dianggap biasa oleh pemain industri di luar negara. Cuma apabila ia dilakukan oleh pihak Proton tentunya akan mengundang kontroversi didalam negara.
Pelbagai kritikan dilemparkan terhadap keupayaan Proton. Apakah motif sebenar mereka ini? Mungkinkah mereka ini terdiri daripada golongan yang dianggap "teranianya" kerana sudah membeli Mitsubishi Lancer GT ? Haha..
Gambar, kredit - http://www.mitsubishi-motors.com.my & Google.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan