BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

18 November 2010

Aidil Adha 2010

Kami memulakan perjalanan dari Skudai kira-kira jam 10:30 malam untuk menuju ke Batu Pahat. Mulanya kami menjangka perjalanan adalah lancar kerana menjangka kenderaan akan berkurangan apabila membuat perjalanan malam.

Yang pastinya kami silap, rupa-rupanya ramai yang seperti kami memulakan perjalanan di sebelah malam dan perjalanan sedikit terganggu dengan kesesakan di lebuh raya utara selatan. Akibat daripada kesesakan itu, tempoh masa perjalanan kami telah terlewat selama setengah jam daripada biasa. Alhamdulillah kami selamat sampai di Batu Pahat sekitar jam 12:30 malam.

Sebaik sahaja tiba kebanyakan ahli keluarga yang sudah sedia sampai masih belum tidur lagi. Mereka memang sudah menjangkakan yang kami akan tiba malam itu dan seperti biasa apabila sudah mula berkumpul tentu sahaja cerita untuk dikongsi bersama.

Alhamdulillah tahun ini ibadah korban sekali lagi dapat dilaksanakan dengan oleh salah seorang ahli keluarga kami. Ibadah korban tahun ini antara yang meriah kerana ia dapat mengumpulkan hampir kesemua ahli keluarga yang jauh serta yang dekat. 

Tahun ini ibadah korban dilakukan di kampung halaman Abah di Batu Pahat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna walaupun hujan menyukarkan sedikit pelaksanaan ibadah tersebut. Tahun ini juga agak istimewa kerana kerja-kerja melapah daging dilakukan oleh ahli keluarga. Malah kebanyakan daripada kami mengakui bahawa inilah kali pertama melakukannya! Selalunya mereka hanya melihat orang lain melakukannya. Namun begitu segala kerja dapat diselesaikan sebelum tengahari. Alhamdulillah.

Walaupun badan masih sakit-sakit kerana membantu memegang kaki lembu tempohari, kepuasan tetap terasa didalam hati bila daging-daging yang sudah siap sedia dibungkus dapat diagih-agihkan ke seluruh penduduk kampung.






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan