BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Reunion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reunion. Papar semua catatan

12 Jun 2014

Jun 12, 2014

Ini Semua Gara-gara Reunion Dan Kamera!

Reunion Sekolah Kami SMVPJB
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog. Hampir 2 bulan lamanya. Bukan merajuk, cuma terpaksa mengalihkan tumpuan kepada perkara yang lebih memerlukan perhatian. 

Sepatutnya saya perlu menulis sambungan cerita mengenai pengalaman ketika Vietnam [Link] tempohari. Namun begitu, penulisan yang dirancang tidak menjadi kenyataan dan terpaksa diubah sedikit. In shaa Allah, jika ada kelapangan ianya akan disambung lagi.

30 November 2010

November 30, 2010

Kawan Lama Mengeratkan Networking

Sejak menamatkan pengajian, Aku telah memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan kehidupan. Memang sepanjang tempoh itu Aku tidak berhubung langsung dengan rakan-rakan sekolah yang lain kecuali beberapa orang yang kebetulan bekerja di bangunan yang sama dan yang tinggal berhampiran.

Hendak dijadikan cerita pada satu hari, terserempak dengan seorang rakan sekolah di bangunan tempat Aku bekerja. Kebetulan beliau baru sahaja berpindah kerja ke bangunan itu.  Memang seronok bila bertemu rakan lama, maklulah sudah hampir 15 tahun meninggalkan alam persekolahan tentu banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.



Akhirnya pada suatu hari Aku dijemput untuk ke rumah beliau. Katanya untuk mengeratkan "Networking" antara kita. Tiba-tiba hati berasa seronok kerana menggangap bahawa perjumpaan tersebut  mungkin akan  membuka jalan bagi  projek "reunion"  rakan-rakan sekolah yang tertangguh sejak beberapa tahun yang lepas.