BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

06 Disember 2010

Skrip Kehidupan Yang Lebih Kurang Sama..

Beberapa bulan yang lepas, Aku berjumpa dengan seorang rakan di zaman persekolahan. Bila sudah berjumpa tentunya kami akan bercerita panjang berkenaan hidup dan perkembangan semasa. 

Memang banyak yang hendak dikongsi terutamanya cerita-cerita selepas tamat zaman persekolahan.  Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan kami telah memilih arah masing-masing dan sejak itu banyak perkara telah terlepas dari pengetahuan kami.

 Skrip Kehidupan Yang Lebih Kurang Sama..


Bila bercerita tentang anak-anak tentunya kami antara yang paling terasa kerana berkahwin agak lewat  berbanding rakan-rakan yang lain. Maklumlah kawan-kawan terutamanya yang wanita kebanyakkan anak-anak mereka telah pun berada di sekolah menengah!  Bagi yang lelaki cuma ada beberapa orang yang mempunyai anak yang sudah di sekolah menengah, itu pun sebab mereka tidak menyambung pelajaran. 



Bagi yang menyambung pelajaran, skrip kehidupan adalah lebih kurang sama. Bila sudah melepasi usia David Beckham, anak sulung baru hendak memasuki darjah 1!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan