Alhamdulillah.. Beg yang ditebus tempohari telah pun sampai ke rumah pada 12/01/2011. Penebusan mata ganjaran tersebut cuma memerlukan 3 hari bekerja untuk diproses dan seterusnya penghantaran dilakukan. Syabas diucapkan pada Bonuslink kerana perkhidmatan yang cemerlang yang telah diberikan.
Beg ini ditebus bagi menggantikan beg Azza yang sudah menunjukkan "tanda-tanda penuaan" dan masalah dibahagian zipnya.
Apabila sudah sampai di rumah lain pula jadinya. Nurin Iman dan Nurin Amani pula yang berebut-rebut sesama mereka. Masing-masing cuba memujuk emaknya supaya memberikan beg tersebut kepada mereka.
Untuk berlaku adil akhirnya Aku katakan pada mereka jika masih berebut-rebut beg tersebut, Aku akan bawa beg tersebut ke pejabat! Konon-kononya la :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan