BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Februari 2011

KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun Ahli Untuk 2010

Sebaik sahaja sampai ke pejabat terus membuka PC dan mencuba nasib untuk masuk ke dalam halaman web KWSP. Seperti yang dijangka, memang sangat sukar untuk memasukinya.

Semuanya berpunca apabila pihak KWSP telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.8% keatas simpanan ahli untuk tahun 2010. Alhamdulillah.


KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun Ahli Untuk 2010 - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan hari ini mengisytiharkan bayaran dividen tertinggi pernah dicapai sebanyak RM21.61 bilion kepada ahlinya, meningkat 11.55 peratus berbanding bayaran dividen 2009 sebanyak RM19.37 bilion. Amaun ini merupakan 5.80 peratus kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Kadar dividen ini 15 mata asas melebihi kadar 5.65 peratus yang dibayar pada tahun 2009, menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion. Ini merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009.

Walau bagaimanapun, halaman web KWSP telah berjaya dimasuki sekitar jam 11:30 pagi. Akhirnya terlerai sudah segala persoalan apabila melihat amaun sebenar yang diterima untuk simpanan pada tahun 2010. Alhamdulillah.

Matlamat menuju persaraan dengan simpanan yang paling maksimun masih jauh lagi. Jika dividen yang diumumkan pada setiap tahun adalah pada kadar yang munasabah, tentunya ia akan membantu mencapai matlamat tersebut dengan lebih cepat. Insyallah.


Diharap ekonomi negara akan bertambah makmur dalam tahun-tahun yang mendatang untuk membolehkan KWSP memberi pulangan yang lebih tinggi dan konsisten kepada para ahli. Amin.

Kredit gambar & petikan artikel dari Halaman Web KWSP.







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan