Nampaknya isu berkaitan sensitiviti terhadap musibah gempa bumi serta tsunami di Jepun bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut melanda Singapura apabila syarikat MediaCorp memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran mereka.
Isu ini menjadi hangat apabila email yang dihantar oleh Corrine Chong, Timbalan Presiden Unit Pemasaran dan Komunikasi MediaCorp yang mengesa para pengiklan supaya menempah slot penigklanan kerana pihak MediaCorp akan membuat liputan secara komprehensif mengenai musibah tersebut. Berikut adalah email kontroversi tersebut:
“A massive 8.8-magnitude earthquake shook Japan in the early afternoon today, unleashing a powerful tsunami that wrecked havoc along the streets of coastal towns. Book your spots in the Weekday Evening News Bundle as the channel brings viewers comprehensive coverage reports on the disaster with extended versions of news bulletins tonight. Call our sales representatives now.”
Dikala Jepun sedang bergelut dengan musibah, ada pihak yang cuba mengeksploitasi keadaan. Memang tidak dinafikan laporan mengenai musibah tersebut tentunya akan mendapat "rating" yang tinggi, tetapi apa yang lebih mendukacitakan ialah hilangnya sifat peri kemanusiaan lebih-lebih lagi ianya berlaku di negara yang sudah diiktiraf sebagai negara maju!
Berbeza dengan kes di Malaysia, penerbitan kartun tersebut tidak mendatangkan keuntungan secara langsung manakala kes di Singapura ia melibatkan keuntungan secara langsung kepada pihak MediaCrop. Jadi ada suara-suara yang dari "Netizen" yang mencadangkan supaya pendapatan yang diperolehi oleh MediaCorp melalui penjualan iklan dislot terbabit disalurkan ke tabung bantuan untuk membantu rakyat Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan