BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 Mac 2011

Bank Negara Malaysia - Syarat Kelayakan Untuk Mendapatkan Kad Kredit Disemak

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan langkah-langkah baharu kad kredit sebagai usaha berterusan untuk memupuk amalan pengurusan kewangan dan hutang yang berhemat dalam kalangan pemegang kad kredit. Langkah-langkah ini juga bertujuan untuk menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit dengan meneruskan penambahbaikan dalam infrastruktur keselamatan kad.


Berkuat kuasa serta-merta, syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit disemak seperti yang berikut:

  1. Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000 setahun;  
  2. Perkara berikut adalah terpakai bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang:
    • Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja
    • Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini.
    • Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.
    • Pemegang kad sedia ada yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.

      Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selain itu, pemegang kad juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusan hutang mereka.

      Untuk artikel penuh sila layari - Bank Negara Malaysia



      Langkah tersebut perlu dilakukan kerana banyak masalah kewangan berpunca daripadanya. Kegagalan mengawal perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit tentunya akan menambah lagi masalah terutamanya bagi yang baru memulakan kehidupan.

      Kad kredit seharusnya dianggap sebagai alat untuk memudahkan  pembayaran dan bukannya alat untuk memenuhi kehendak!













      Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

      Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


      Penghantaran Oleh FeedBurner

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan