Balik dari pejabat semalam, terus menuju ke bengkel. Terlanjur ada masa, elok dimanfaatkan untuk memastikan pengangkutan utama ke tempat kerja diselenggara dengan baik. Kalau hal-hal sedemikian dapat dipastikan dalam keadaan yang elok, hati pun senang setiap kali menunggang ke tempat kerja.
Kali ini Jaguh memerlukan tayar yang baharu. Tayar yang lama sudah sampai masa untuk digantikan. Alang-alang menukar tayar belakang, baik juga menggunakan peluang tersebut untuk menggantikan kesemua komponen yang berkaitan dengannya seperti "brake lining" dan set rantai beserta "sprocket". Senang untuk mekanik juga. Sekali jalan.
Tayar kalau diselenggara dengan baik boleh bertahan sekitar 2 tahun. Apa pun ia bergantung juga pada penggunaan, kalau dalam konteks penggunaan sekarang iaitu setakat pergi dan balik ke tempat kerja untuk perjalanan sekitar 25km sehari memang sah boleh bertahan sehingga 2 tahun.
Salam..
BalasPadamSebenarnya tayar kenderaan seperti kereta, motorsikal, lori dan bas bukan dibuat dari latek atau susu getah tapi dibuat daripada crude oil.
Waalaikumsalam..
PadamTerima kasih kerana memberi kefahaman serta memperbetulkan fakta. Input anada amat dihargai. Terima kasih juga kerana singgah