BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

14 April 2011

Proton Satria - Ada Bunyi Tikus Berlari-lari Riang Di Dalam Kereta!

Bateri SHOGUN  Yuasa - Maintenance Free Sejak beberapa minggu yang lepas kereta telah menunjukkan tanda-tanda pelik antaranya ia sukar untuk dihidupkan dan mengenai kewujudan bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan setiap kali kereta bergerak seakan-akan " Ada Bunyi Tikus Berlari-lari Riang Di Dalam Kereta! "

Jadi pada hari Sabtu yang lepas meluangkan masa untuk pergi ke bengkel dan membuat pemeriksaan kereta.

Perkara pertama tentunya merujuk kepada bateri atau alat "starter" itu sendiri tetapi untuk mendapatkan kepastian, bateri perlu diuji dengan "Voltage Tester (Meter)" untuk menetukan kekuatan kuasa bateri.  Bateri yang sedang digunakan ini telah pun berusia lebih kurang 1 tahun 7 bulan. Jadi faktor kuasa bateri telah menurun tidak boleh dinafikan.  

Bila sudah diuji memang ternyata bateri tersebut sudah kehilangan kuasa secara beransur-ansur. Walaupun belum rosak sepenuhya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan dan mengambil keputusan untuk terus menukarnya.


Bateri NS60 SHOGUN  Yuasa - Maintenance Free



Memang kali ini nasib tidak berapa menyebelahi kerana sebelum ini bateri yang digunakan mampu bertahan melebihi tempoh 2 tahun.

Mungkin kerana sekarang ini kereta hanya digunakan untuk perjalanan yang dekat iaitu pergi dan balik ke sekolah telah menyumbang kepada penurunan jangka hayat bateri tersebut.



Harga Yang Cukup Menakutkan! - Nasib Baik Tak Kena Harga Yang Ini!


Bateri yang digantikan adalah dari jenis dan jenama yang sama dengan yang sebelumnya. Untuk kemudahan, memang sengaja memilih dari jenis "Maintenance Free".  Jadi tidak timbul isu terlupa untuk memeriksa tahap air bateri.  

Kalau dilihat diluar kotak bateri tersebut harga yang tertera memang cukup menakutkan. Mujur ia cuma sekadar harga cadangan yang disyorkan pengeluar. Tetapi kalau mereka betul-betul ikut seperti harga yang disyorkan, boleh pengsan dibuatnya!

Harga sebenar yang dibayar adalah RM160 iaitu harga yang sama ketika membeli bateri jenama ini pada tahun 2009.




Rear Suspension Arm - Ada Bunyi Tikus Berlari-lari Riang Di Dalam Kereta!



Untuk masalah kedua, tentunya suspek utamanya ialah "Rear Suspension Arm". Masalah biasa bagi pemilik kereta model Proton Satria dan Wira.

Bila "Bush" pada "Suspension Arm" itu telah haus, bunyi yang dihasilkan adalah seperti bunyi tikus berlari-lari riang di dalam kereta!  Memang amat menggangu ketenangan ketika  memandu..


Rear Suspension Arm - Bush Yang Telah Haus Menghasilkan Bunyi Tikus!


Kali terakhir menggantikan komponen ini ialah pada tahun 2004.  Jadi memang sudah sampai masa ianya diganti lagi.  Alhamdulillah setelah diganti tiada lagi bunyi tikus berlari-lari riang sewaktu memandu. Kini perjalanan Nurin Iman ke sekolah  telah kembali tenang  :)


2 ulasan:

  1. Bro, "BUSH" siap pasang berapa kena?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita lama tu.. Tapi kalau tak silap, harga barang dalam RM90 seunit. Siap pasang RM110. Rasanya harga sekarang pun lebih kurang..

      Padam