Tak sedar sudah 2 tahun berlalu sehinggalah dikejutkan dengan SMS ini yang memberitahu tentang tamatnya langganan kredit 2 tahun bagi pelanggan Celcom Blue. Eh! Sudah 2 tahun? Sekejapnya...
Ketika mengaktifkannya dahulu, dirasakan 2 tahun itu adalah satu tempoh yang amat panjang. Tanpa disedari masa berlalu dengan pantas..
Bila sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan ini, memang tidak perlu risau untuk menambah nilai pada setiap minggu atau bulan kerana kredit yang ada tidak akan ada tempoh luput (dalam jangkmasa 2 tahun).
Untuk mengaktifkan semula langganan selama 2 tahun akan di caj RM50 dan dikehendaki menambah nilai sekurang-kurang RM30 dalam masa 6 bulan selepas ia diaktifkan.
Bila sudah menggunakan perkhidmatan ini, memang susah hendak kembali menggunakan prepaid cara biasa yang perlu ditambah nilai setiap minggu atau bulan. Dengan yang ini sekali tambah nilai boleh digunakan sehingga ke titisan sen terakhir dan tanpa tarikh luput.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan