Petang Jumaat, ketika mahu pulang dari pejabat. Sebaik sahaja ingin menyarungkan helmet dikepala tiba-tiba terdengan seperti ada bunyi plastik yang patah dan tidak semena-mena "Visor" pada helmet tersebut tersenget ke tepi. "Ah sudah.. tentu patah skru Visor ni!"
Memang betul jangkaan.. Skru penutup "Visor" disebelah kanan telah patah. Mana nak cari skru tu? Harap-harap ia masih ada lagi dijual. Maklumlah ia model lama dari GIVI dan sudah pun dihentikan pengeluarannya.
Tanpa "Visor" memang sukar untuk menunggang motorsikal. Tetapi buat sementara terpaksalah ditampal menggunakkan "binding tape".
Kalau alat gantinya memang sudah sah tiada lagi dipasaran, pilihan yang akhir ialah membeli helmet baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan