BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Jun 2011

Berhati-Hati Dengan Penipuan Melalui E-Mel Yang Meminta Maklumat Perbankan


Baru sebentar tadi pihak BNM (Bank Negara Malaysia) telah mengeluarkan siaran akhbar yang mengingatkan serta memberi amaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati mengenai penipuan melalui email yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia.

Rasanya email sebegini bukannya baharu.  Malah sudah wujud sejak beberapa tahun yang lepas atau lebih tepat lagi sejak popularnya perbankan melalui internet. 

Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal selia sistem perbankan di negara ini, langkah Bank Negara Malaysia yang sentiasa mengingatkan orang ramai dari masa ke semasa adalah amat bertepatan.

Apa pun  jika menerima email yang disyaki dan mengelirukan, sila laporkan pada pihak Bank Negara Malaysia di talian 1-300-885456 atau email: bnmtelelink@bnm.gov.my

Siaran akhbar ini dipetik sepenuhnya melalui halaman web Financial Alert Fraud.  Berikut adalah siaran akhbar yang lengkap untuk dikongsi bersama:

Bank Negara Malaysia ingin memberikan peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan cubaan memancing maklumat (phishing) oleh individu tertentu yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia untuk memperdaya orang ramai dengan tujuan mendapatkan maklumat perbankan peribadi.

Modus operandi yang digunakan oleh penipu untuk memperdaya mangsa adalah seperti yang berikut:

  • Mangsa yang disasarkan menerima e-mel yang kononnya dihantar oleh Bank Negara Malaysia untuk memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia sedang mengumpul maklumat perbankan peribadi mereka bagi mengemas kini pangkalan data Bank Negara Malaysia. Mangsa akan diarahkan untuk mengklik pada pautan yang terdapat pada e-mel atau membalas terus e-mel tersebut.

  • Apabila mangsa mengklik pautan pada e-mel tersebut, satu laman sesawang palsu akan muncul yang meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat perbankan peribadi seperti buitran terperinci kad kredit atau debit mangsa termasuk pengesahan kod kad (CCV) atau nombor pengenalan peribadi (PIN).

Orang ramai dinasihati supaya tidak mengendahkan e-mel seperti ini dan tidak mendedahkan maklumat perbankan peribadi kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun. Institusi kewangan, termasuk pengeluar kad kredit dan Bank Negara Malaysia dan semua institusi perbankan tidak pernah meminta maklumat perbankan peribadi apabila menghubungi pelanggan bank, sama ada melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.



Bank Negara Malaysia ingin menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang berikut:

  • Guna pelayar sesawang (web browsers) terkini yang telah disiap pasang dengan penapis maklumat yang dipancing (phishing filters
  • JANGAN mempercayai e-mel, panggilan telefon atau SMS yang menjanjikan hadiah wang tunai atau bayaran balik wang dan meminta maklumat perbankan peribadi.
    • Hubungi bank anda atau perkhidmatan bebas tol Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) yang dikenali sebagai ABMConnect di 1-300-88-9980 apabila anda berasa ragu-ragu dengan sebarang e-mel, panggilan telefon atau SMS.
      Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai boleh melawat laman amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

      Orang ramai juga boleh menghubungi atau melawat:

      BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
      Tel: 1-300-88-5465
      Faksimile: (03)2174 1515

      Untuk menghantar pertanyaan atau aduan melalui perkhidmatan SMS, sila taip: BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888

      BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
      Blok D, Bank Negara Malaysia
      Jalan Dato' Onn
      50480 Kuala Lumpur
      (Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
      Atau Melawat cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Cawangan Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching atau

      Telefon ABMConnect (Talian Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia)
      Tel: 1-300-88-9980

      Bank Negara Malaysia
      16 Jun 2011
      © Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.

















      Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

      Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



      Penghantaran Oleh FeedBurner

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan