Antara petikan akhbar yang menarik hari ini. Sumber adalah daripada akhbar The Sun.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh JobStreet.com baru-baru ini, lebih 50% penerima bonus melebihi 6 bulan gaji adalah dari sektor kewangan dan perbankkan!
Para responden adalah merangkumi 48% berjawatan eksekutif kanan, 24% terdiri daripada pengurus, 18% adalah daripada eksekutif muda manakalah 10% terdiri daripada pengurus kanan.
Dan yang paling menarik lagi, 70% daripada responden tidak berpuas hati dengan kadar bonus yang diterima!
Rasanya bila bercerita tentang bonus (wang).. tentunya ramai yang tidak berpuas hati walaupun dapat banyak! Bila mendapat banyak pun tak puas hati, dapat sedikit pun tidak puas hati.. kalau tak dapat langsung pun tidak berpuas hati juga!
Bonus umpama rezeki yang tidak disangka. Segalanya berkait rapat dengan pasaran serta keadaan ekonomi semasa. Apa pun bersyukurlah dengan apa yang diperolehi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan