Nampaknya ada perkembangan menarik daripada Apple sejak kebelakangan ini. Kali ini ia mengenai OS X. Apple bakal melancarkan OS X Lion pada bulan Julai. Menurut pihak Apple terdapat lebih daripada 250 ciri terbaharu serta penambahbaikan berbanding OS X terdahulu.
Antara ciri terbaharu yang dianggap menarik ialah fungsi "Air Drop". Fungsi menghantar file menggunakan WiFi kepada pengguna Mac yang lain dengan mengoptimumkan teknologi "peer to peer WiFi". Fungsi ini tidak memerlukan sebarang konfigurasi untuk mengaktifkannya.
OS X Lion secara automatik akan mencari Mac lain yang berdekatan yang menggunakan fungsi Air Drop dan fungsi pertukaran fail boleh dilakukan secara "drag and drop". Setiap fail yang dipindahkan akan disulitkan (encrypted) untuk tujuan pemindahan selamat.
Nampaknya tahuin 2011 memang agak menarik terutamanya dalam dunia pengkomputeran. Selain semakin meriah, semakin banyak juga persaingan. Tidak sabar untuk melihat respon daripada pengeluar lain terutamanya Microsoft dengan pengenalan OS X Lion yang tentunya akan menjadi penanda aras baharu bagi Operating System.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan