
Bank-bank yang telah mengumumkan kenaikan tersebut adalah Citibank, Ambank dan Hong Leong Bank.
Berikut adalah jadual perbandingan kadar yang dikenakan terhadap pemegang kad kredit bermula 1 Mac 2012 bagi ketiga-tiga bank tersebut.
Citibank | Ambank | Hong Leong Bank | |
Pembayaran tepat selama 12 bulan | 15% | 15% | 15% |
Pembayaran tepat selama 10 daripada 12 bulan | 17% | 17% | 17% |
Pembayaran tepat kurang daripada 10 bulan | 17.5% | 18% | 18% |
Caj Pembayaran Lewat | Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM 75 |
Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM100 | Minimum RM 10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM75 |
Bank Negara Malysia (BNM) melalui jurucakapnya menegaskan bahawa kenaikan tersebut bukanlah atas arahan Bank Pusat tersebut sebaliknya diputuskan oleh bank-bank terbabit. Namun begitu kadar kenaikan itu masih selaras dengan garis panduan kad kredit yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Langkah yang dibuat oleh bank-bank tersebut mendapat kritikan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj yang menegaskan bahawa pihak bank tidak sepatutnya menghukum pengguna kad kredit yang membayar segera mengikut masa yang ditetapkan.
Tentunya selepas ini langkah yang dimulakan oleh ketiga-tiga buah bank tersebut akan diikuti oleh bank-bank yang lain sedikit masa lagi.
Secara peribadinya Saya amat bersetuju dengan kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj terhadap langkah yang diambil oleh bank-bank tersebut yang seolah-olah menghukum pemegang kad kredit yang membayar mengikut masa yang ditetapkan. Sepatutnya pihak bank mengekalkan kadar 13.5% yang dinikmati sekarang untuk menghargai mereka.
Memandangkan tiada kenaikan OPR yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia, langkah menaikan kadar faedah ini dilihat sebagai langkah yang menguntungkan pihak bank. Saya faham bank bukanlah institusi kebajikan, cuma merasakan "masa" ia dilakasanakna dilihat kurang sesuai!
Memandangkan tiada kenaikan OPR yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia, langkah menaikan kadar faedah ini dilihat sebagai langkah yang menguntungkan pihak bank. Saya faham bank bukanlah institusi kebajikan, cuma merasakan "masa" ia dilakasanakna dilihat kurang sesuai!
Sumber, The Star Online, Citibank, Ambank, Hong Leong Bank, Syarat Kelayakan Memohon Kad Kredit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan