BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

06 Mac 2012

HSBC Bank Mengumumkan Caj Kewangan & Yuran Pengurusan Bulanan Sebenar Bertingkat Bagi Kad Kredit Berkuatkuasa 15 Mac 2012

Kesan rantaian terhadap kenaikan Caj Kewangan serta Kadar Faedah yang dikenakan terhadap pemilik kad kredit terus mendapat respon.

Kali ini HSBC mengumumkan kadar terbaharu mereka. Nampaknya hanya terdapat sedikit perubahan terhadap struktur kadar faedah.

Yang menariknya HSBC masih lagi mengekalkan kadar faedah bagi pengguna yang membuat pembayaran tepat selama 12 bulan berturut-turut. Manakala bagi kategori seterusnya ia meningkat seperti bank-bank yang lain.

Berikut adalah kenyataan  rasmi HSBC :

Untuk menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih berhemat, HSBC Bank dan HSBC Amanah akan meminda caj kewangan/yuran pengurusan bulanan bertingkat bagi semua pemegang Kad Kredit/-i HSBC Bank dan HSBC Amanah berkuatkuasa 15 Mac 2012. Jelaskan bayaran Kad-kad Kredit/-i anda tepat pada masanya untuk menikmati caj kewangan/yuran pengurusan bulanan yang lebih rendah!





HSBC Bank / HSBC Amanah
Pembayaran tepat selama 12 bulan 13.5%
Pembayaran tepat selama 10 daripada 12 bulan  17%
Pembayaran tepat kurang daripada 10 bulan 18%
Caj Pembayaran Lewat Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM75


Berdasarkan keadaan semasa, didapati bank-bank asing seperti Citibank dan HSBC menawarkan kadar yang terbaik bagi pengguna yang menjaga rekod kredit / pembayaran selama 12 bulan beturut-turut. Tidakan ini umpama memberi insentif kepada pengguna untuk terus berusaha mengekalkan rekod pembayaran terbaik.

Bank-bank tempatan nampaknya seperti tidak sensitif langsung dengan keadaan ini. Seperti yang pernah Saya katakan pada artikel sebelum ini, pengguna kad kredit yang berdisplin dari segi pembayaran tidak harus dihukum dengan kenaikan kadar faedah!  

Saya menjangkakan jika bank-bank tempatan masih lagi mengekalkan kadar terbaharu tanpa mengambil kira faktor tersebut, berkemungkinan mereka bakal kehilangan pelanggan!


Sumber, HSBC





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan