BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 April 2012

Bila Difikirkan Semula Kita Tidaklah Semalang Seperti Yang Disangka

Hari ini saya ke bengkel tempat saya menukar gearbox [Link] tempohari untuk melakukan servis setelah ia  mencapai jarak 1000 km pertamanya. 






Sejak menukarnya tempohari, sudah 2 kali saya ke bengkel tersebut untuk melakukan pelarasan semula berikutan terdapat sedikit masalah pada unit ECU gearbox yang kadang-kala gagal berfungsi dengan baik. Memandangkan ia masih lagi dalam tempoh jaminan, saya gunakan sepenuhnya peluang itu untuk menyelesaikan semua masalah sehingga saya berpuas hati.

Alhamdulillah akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik setelah pemeriksaan semula pada sistem pendawaian elektrik ke unit ECU tersebut dilakukan secara menyeluruh.

Setiap kali saya terpaksa menghantar kereta tersebut untuk diperiksa, terpaksalah menelefon pakcik saya untuk meminjam keretanya sebagai persediaaan kerana ditakuti kerja-kerja pemeriksaan tersebut tidak dapat disiapkan dalam masa sehari.




Namun begitu, setiap kali saya ke bengkel tersebut, terdetik juga dihati memikirkan pemilik kereta-kereta yang lebih hebat yang mengalami nasib yang sama dengan saya tempohari.

Entah berapa kos pembaikan terhadap gearbox mereka agaknya? Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kenderaan "continental"! Macam 2 buah kenderaan yang sedang diangkat tu.. Peugeot 407 dan Audi A6. Khabarnya kosnya melebihi RM6K!.

Bila difikirkan semula nasib yang menimpa saya itu, ia tidaklah semalang seperti yang disangka jika dibandingkan dengan pemilik 2 kenderaan diatas!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan