BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Mac 2012

Cuti Sekolah Masa Sesuai Untuk Melakukan Proses Pembaikan

Cuti sekolah tiba lagi! Tentunya bagi anak-anak yang bersekolah inilah masanya untuk melupakan sebentar buku-buku dan sekolah. Err. bagi mereka yang dibekalkan dengan kerja sekolah, perlulah diselesaikan dahulu sebelum dapat menikmati cuti tersebut.

Saya pula mengambil peluang cuti ini untuk melakukan proses baikpulih terhadap kereta yang digunakan seharian oleh isteri untuk menghantar anak ke sekolah. Sudah sampai masa kenderaan itu diselenggara sepenuhnya (dibaiki) sistem transmisinya





Saya mula mencari maklumat mengenai syarikat serta bengkel yang berhampiran dengan kediaman yang boleh melakukan kerja pembaikan itu.

Akhirnya Saya menjumpai sebuah bengkel yang boleh melakukan kerja pembaikan transmisi dengan harga yang berpatutan dalam jangkamasa yang munasabah.


Saya diberi 2 pilihan untuk meneruskan proses membaikpulih sistem transmisi kenderaan. Pilihan pertama ialah melakukan proses membaikpulih terhadap komponen transmisi itu sendiri ataupun pilihan kedua ialah menukarnya kepada unit yang telah sedia dibaikpulih.

Untuk kedua-duanya pilihan yang disediakan itu, harga yang dicaj adalah sama. Cuma untuk pilihan pertama proses pembaikan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari manakala pilihan kedua boleh dilakukan dalam masa 2 hari Semua kerja-kerja pembaikan transmisi itu akan diberikan jaminan selama 3 bulan.

Kereta sudah pun dihantar ke bengkel milik syarikat tersebut pagi tadi dan Saya memilih keadah kedua kerana lebih cepat. Insyallah kereta akan siap esok. Harap semuanya akan menjadi seperti sedia kala. Susah jika kereta yang digunakan seharian tidak berada dalam keadaan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan