Semalam kami meneruskan agenda berziarah. Sempat juga pergi ke 4 buah rumah. Dimulakan dengan rumah jiran-jiran bersebelahan dan kemudiannya ke rumah pakcik dan emak saudara yang berada di sekitar Johor Bahru.
Manfaatkan teknologi
Memandangkan hujung minggu ini masih ramai lagi yang masih belum kembali dari kampung halaman, sebelum menerjah ke sesebuah lokasi adalah lebih baik memanfaatkan teknologi yang sedia ada untuk menghubungi mereka dahulu. Jika sudah pasti bahawa tuan rumah ada dan bersedia menerima tetamu, baru boleh meneruskan rancangan berziarah.
Tertinggal barang-barang?
Dalam keghairahan untuk meneruskan program berziarah, jangah lupa akan barang-barang peribadi yang dibawa bersama. Sebelum berangkat pulang, periksa semuanya. Kalau bukan barang-barang sendiri, mungkin juga barangan milik anak-anak. Pastikan semuanya ada.
Saya bercerita ni pun sebab saya telah tertinggal telefon bimbit di rumah terakhir yang telah saya ziarahi. Hmm..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan