BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Ogos 2012

Tahniah Pandelela Rinong! Gangsa Buat Malaysia.

Kedudukan pingat buat Malaysia telah berubah. Pandelela Rinong Pamg berjaya menyumbang gangsa dalam acara terjun platform 10 meter di Sukan Olimpik London 2012. Tahniah buat beliau.

Nampaknya inilah pertama kalinya pingat dikutip bukan melalui sukan tradisi iaitu badminton. Ini merupakan satu sejarah buat negara. Selain itu sejarah juga tercipta kerana beliau adalah pemenang pingat wanita pertama negara di Sukan Olimpik.




Dengan kemenangan ini sekaligus menyamai pencapaian cemerlang negara iaitu 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa ketika di Sukan Olimpik Atlanta 1996.  Tahniah sekali lagi buat Pandelela Rinong Pamg!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan