Bila mood untuk menulis semakin berkurangan dan keputusan ujian muat turun daripada GTmetrix [Link] dan Pingdom [Link] tidak begitu memberangsangkan, seolah-olah memberi isyarat bahawa sudah sampai masa untuk melakukan sesuatu terhadap susunatur blog ini.
Nampanya saya mengikuti jejak langkah blogger ini [Link] untuk meningkatkan semangat untuk berblog!
Nampanya saya mengikuti jejak langkah blogger ini [Link] untuk meningkatkan semangat untuk berblog!
Kalau diikutkan memang tiada apa lagi yang perlu dilakukan untuk blog ini. Semua "widget" yang patut ada telah pun diletakkan. Saya sememangnya sudah berpuashati dengan susunatur sekarang. Namun begitu disebabkan keputusan ujian muat turun blog ini telah menunjukkan sedikit penurunan, ada baiknya juga saya memeriksa semula semua "widget" yang digunakan dan merombak mana yang perlu.
Benar, kerja-kerja ini memang memakan masa yang agak panjang. Pun begitu, semuanya seolah-olah terbalas apabila berjaya memulihkan semula prestasi blog ini seperti sebelumnya. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan